KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

kak nor 3

Menjual Pelbagai Jenis Pakaian Bundle, Produk Kecantikan dan Kesihatan

Nama Usahawan: Pn. Norida binti Aziz

Nama Produk: Menjual Pelbagai Jenis Pakaian Bundle, Produk Kecantikan dan Kesihatan

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Norida binti abdul Aziz. Suri rumah dan Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan anak kelahiran Pahang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM) dengan keputusan sederhana cemerlang.

Namun oleh kerana minat berniaga dan ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini , sejak tahun 2017 beliau mula menjinakkan  diri dalam dunia perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual pakaian di pasar malam dan hingga kini beliau masih  lagi meneruskan perniagaan tersebut. Kini beliau telah mempelbagaikan produk jualan beliau seperti produk kesihatan, produk kecantikan dan jualan pakaian. Selain berniaga di pasar- pasar malam beliau juga ada menjual produk tersebut secara atas talian iaitu melaui facebook, whatapp dan blog sejajar dengan perkembangan negara yang semakin maju.

Berbekalkan pengetahuan asas, beliau memberanikan diri untuk mengasah pengetahuan beliau dan memperdalami ilmu perniagaan atas talian dengan menglibatkan diri menyertai bengkel usahawan anjuran beberapa agensi di sekitar rompin seperti Pusat Internet & ACER Empower. Antara bengkel yang beliau telah sertai adalah  bengkel cara dan tips promosi atas talian, Bengkel kewangan, dan bengkel teknik photografi. Ternyata untuk Berjaya dalam sesuatu perniagaan, ilmu bidang perniagaan adalah penting bagi memastikan perniagaan kita maju dan berjaya. Ini kerana selepas beliau menyertai bengkel tersebut jualan terhadap produk beliau semakin meningkat dengan pancingan ayat-ayat dan gambar produk yang menarik. Dan lejar kewangan yang sistematik membantu beliau mengenalpasti dan mengkaji untung rugi setiap jualan produk beliau. Kini beliau masih mempraktikkan ilmu yang beliau perolehi dan bercadang untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan lagi jualan produk beliau di masa akan datang.

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga di warung, menjaja dan menjual produk kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

Namun selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan ECER Empower beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan facebook dan muat naik kedalam status whatapp. Dengan cara ini beliau dapat mewarkan-warkan perniagaan beliau ke pada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja. Selain itu binaan ayat-ayat menarik mampu memancing pelanggan untuk mencuba produk jualan beliau. Penglibatan dalam bengkel teknik photografi dalam menghasilkan  gambar produk yang menarik dan jelas juga membantu mempertingkatkan jualan produk beliau. Serta bengkel kewangan membantu beliau menyediakan kunci kira yang lebih sistematik dan teratur membolehkan beliau meletakkan target capaian jualan dan mengenalpasti untung rugi setiap produk yang terjual. Manakala melalui bengkel advokasi iaitu etika penggunaan teknologi dan klik dengan bijak menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi terutamanya ketika membuat transaksi jual beli agar tidak menjadi mangsa jenayah siber dan sekaligus menjadikn beliau  pengguna yang bertanggungjawab.

Pengalaman: Lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 013-3761213

Bilangan Pekerja: 2 Orang