AMARAN SCAM CALL
 
WASPADA DENGAN SCAM CALL PENYAMARAN SEBAGAI PEGAWAI CYBERSECURITY MALAYSIA
CyberSecurity Malaysia mengesa orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada dengan penyamaran yang dibuat melalui panggilan telefon sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia.
Untuk makluman, CyberSecurity Malaysia tidak membuat sebarang panggilan telefon, seperti yang didakwa.
CyberSecurity Malaysia juga ingin menegaskan bahawa agensi ini tidak menghantar mesej pesanan ringkas melalui SMS, Whatsapp atau mana-mana platform media sosial dan juga emel.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan kepada CyberSecurity Malaysia melalui Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sekiranya menghadapi situasi berkenaan. Kerjasama amat dihargai.