KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN


Menjual pelbagai jenis masakan dan mengambil tempahan katering.

Nama Usahawan: Cik Nur Salina binti Jafri

Nama Produk: Menjual pelbagai jenis masakan dan mengambil tempahan katering.

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q3 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang iaitu saudari Nur Salina binti Jafri. Beliau merupakan seorang peniaga yang mempunyai sebuah kedai makan iaitu Sally Corner. Berkelulusan dalam bidang Sijil Kulinari dari sebuah Kolej Komuniti di Rompin. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet antaranya ialah kelas Asas ICT, kelas asas keusahawanan, e-usahawan & e-rezeki, dashboard komuniti dan banyak lagi kelas dan program. Segala ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya sehinggalah beliau berjaya membuka sebuah kedai makan sendiri berdekatan dengan Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Bagi mempromosikan lagi kedai dan perkhidmatan katering beliau, beliau juga telah belajar bagaimana untuk membuat Facebook page untuk Sally Corner dan location di google maps untuk lokasi kedai beliau. Antara tempahan katering yang beliau ambil ialah pelbagai jenis masakan nasi minyak, nasi ayam, mee kari, bihun sup daging/tulang, makanan goring (keropok,keledek,pisang), minuman ABC, ABJ, Milo ais kepal dan lain-lain.

Pengalaman: Lebih 1 tahun pengalaman dalam jualan online dan offline.

Nama Syarikat/Pengusaha: Sally Corner's

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 014-5119208

Bilangan Pekerja: 1 Orang