Nama | : PN NOR HADHILAH BINTI AB HAMID |
Umur | : 30 Tahun |
Ahli | : 25 SEPTEMBER 2020 |
Latar belakang
Kali ini bagi Usahawan Online 2 Q4 2020 Pi simpang Sepayang kami memilih Nor Hadhilah Binti Ab Hamid Rompin, Pahang pada 14 April 1990 dan kini berusia 30 Tahun. Puan Hadhilah merupakan anak sulong dan telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Kini beliau telah menetap di No 26 Taman Pontian Jaya, 26800 Kuala Rompin Pahang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat sarjana muda Komunikasi di USM. Beliau bekerja di klinik swasta di Kuala Rompin Pahang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Puan Hadhilah merupakan pelajar graduan lepasan ijazah sarjana muda Komunikasi. Oleh itu pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet dikategorikan mahir. Namun beliau tidak pernah mengikuti kursus keusahawanan dan perniagaan atas talian. Beliau mempunyai perniagaan kecil-kecilan iaitu membuat kek dan menjahit pakaian. Namun promosi dan jualan hanya tertumpu pada kenalan terdekat. Memandangkan dunia kini zaman dihujung jari menarik minat beliau untuk mendalami bidang keusahawanan terutamanya dalam usahawan atas talian. Ini meruoakan salah satu sebab kenapa beliau bercadang untuk mengikuti bengkel keusahawanan yang telah disediakan di Pusat Internet ditambah pula cas yang dikenakan adalah percuma.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pada September 2020 beliau berjumpa dengan kakitangan Pusat internet untuk mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet dan menyatakan hasrat beliau untuk mengikuti program usahawan anjuran pusat internet. Ternyata kedatangan eliau disambut baik oleh petugas pusat internet, dan petugas telah menetapkan tarikh utnuk bengkel yang bakal beliau sertai. Hasil penglibatan beliau dengan bengkel usahawan di Pusat internet beliau telah mempelajari asas pengurusan perniagaan dan perniagaan atas talian Shopee.Kkini beliau telah pun mempunyai akaun shopee sendiri dan masih lagi dalam peringkat awal penjualan dan promosi produk di atas talian. Beliau juga mula mempromosi produk beliau di laman rangkaian sosial iaitu facebook. Kini belaiu masih lagi dalam proses mengumpul ilmu bidang perniagaan bersama pusat internet.