Nama  : PN. NAZIRAH BINTI IBRAHIM
Umur  : 36 TAHUN
Ahli  : 27 MAC 2023

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 pada tahun 2023 kali ini kami memilih salah seorang Ahli PEDi Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Nazirah Binti Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Kak Tam. Kak Tam dilahirkan pada 4 September 1987 di kampung Parit Sulong, Batu Pahat Johor dan kini telah pun mencecah usia 36 tahun. Kak Tam merupakan seorang suri rumah dan ibu kepad 2 orang cahaya mata yang masing2 masing berumur 7 dan 9 tahun. Kak tam merupakan anak kelahiran Parit Sulong, Dan di besarkan di Kg. Parit Sulong, Johor Baharu. Beliau mula menetap di Kuala Pontian Rompin, Pahang sejak januari 2023 kerana mengikut suami yang bekerja sebagai kontraktor. Taraf pendiikan tertinggi Kak Tam ialah di peringkat SPM dengan keputusan peperiksaan sederhana cemerlang. Kak Tam pernah bekerja di salah sebuah syarikat swasta sebagai kerani semasa beliau masih bujang. Namun setelah berumah tangga beliau berhenti kerja bagi memberikan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan anakanak. Sejak daripada itu beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Oleh kerana hobi beliau memasak, beliau sering membuka tempahan katering secara kecil-kecilan untuk majlis keramaian yang berskala kecil bagi mengisi masa lapang beliau. Beliau juga suka mencuba sesuatu yag baharu sehinggalah beliau telah berjaya menghasilkan satu produk Home made iaitu Sambal garing pelbagai perisa yang dinamakan sebagai sambal garing kak tam. Antara perisa yang dikeluarkan oleh kaktam iailah, perisa ikan bilis, perisa pucuk ubi, perisa kentang perisa tempe dan perisa bawang putih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awal tahun iaitu Januari 2023, Kak Tam telah berpinah ke Kuala Rompin Pahang kerana mengikut suami yang berkerja di sini sebagai Kontraktor. Seperti suri rumah yang lain nya, rutin harian Kak Tam dipenuhi dengan aktiviti menguruskan anak dan menguruskan hal-hal di rumah. Oleh kerana minatnya kearah memasak, dan pada ketika itu sambal garing merupakan produk viral, berbekalkan pengetahuan dalam masakan kak tam telah mencipta satu produk sambal garing pelbagai perisa. Untuk permulaan jualan, kak tam menjual produknya di kalangan kenalan, saudara dan jiran tetangga. Jualan hanya secara offline dan terhad pada skala kecil sahaja namun masih lagi mendapat sambutan dan ulangan pesanan dari pelanggan tetap. Dari situ mula timbul rasa minat untuk memceburi bidang perniagan dengan lebih serius. Dia mula belajar menjual produknya di media sosial seperti facebook. Ramai kenalan memberi cadangan kepada Kak tam untuk memperluaskan produk beliau ke platform online yang lain seperti Shopee.Sehingga pada satu ketika salah seorang kenalannya memberi cadangan untuk meletakkan produknya di vendor vendor yang terdapat di Kuala Rompin termasuklah di Pusat Ekonomi Digital Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Awal perkenalan Kak Tam di PEDi, mulanya hanya utuk meminta kebenaran meletakkan sampel produk sambal goreng di Ruangan usahawan Di PEDi Simpang Sepayang. Bagaikan pucuk cipta Ulam mendatang, hasil perbualan dan perkenalan dengan kakitangan PEDi, Kak Tam ditawarkan untuk menyertai Kelas usahawan bimbingan PEDi dengan hanya bermodalkan yuran pendaftran Ahli seumur hidup sebanyak RM5.00. Bermula perjalanan perniagaan Sambal Garing Kak Tam secara atas talian di Platform Shopee iaitu pada Mac 2023. Kelas pertama yang penglibatan Kak Tam adalah kelas pengenalan usahawan, seterusnya, internet dan Email dan Pendaftaran akaun Shopee. Selain itu kak tam juga menyertai kelas pengambilan gambar produk iaitu kelas edit photoshop.Sejak dari itu, Kak tam telah menambah baik prdouk beliau dari segi imej dan jualan. Melalui akaun shope, walaupun terlalu awal untuk membuat penilaian namun dari segi jualan terdapat penambah baikan dari segi kuantiti jualan. Jika sebelum ini prouk Kak Tam dijual secara offline dan hanya tertumpu kepada kawasan sekitar sahaja, namun setelah memuat naik produk ke akaun Shopee, produk Sambal Garing Kak Tam telah menjadi lebih meluas dan ini membantu menaikkan jualan dan promosi terhadap produk tersebut. Kak Tam telah berjaya membuat jualan di akaun Shopee hasil daripada pendafatran akaun shopee di PEDi.