BELAJAR KELAS ICT

Nama  : PN. NORILYANI BINTI AB HADI
Umur  : 43 TAHUN
Ahli  : 21 JULAI 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q2 2023 kali ini kami memilih Puan Norilyani Binti Ab Hadi. Puan Norilyani atau mesra dengan panggilan Kak Emi telah dilahirkan pada pada 22 September 1980 dan kini berusia 43 tahun .Merupakan Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang masing-masing bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat SPM iaitu di sekolah Menengah Tengku Abdullah Pekan. Anak kelahiran Pekan Bandar Diraja ini telah lama menetap di Simpang Sepayang iaitu di alamat No 1 Quarter Peladang, Simpang Sepayang Rompin Pahang sejak tahun 2019. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa disamping menjadi kerani kepada perniagaan suaminya. Suami beliau mempunyai perniagaan pengangkutan dan bekerja sebagai Pemandu Lori Sawit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum berjinak dengan program yang dianjurkan di PEDi beliau hanya sekadar menghantar anak-anak beliau ke PEDi untuk menggunkan kemudahan yang disediakan di PEDi. Tidak pernah tergerak hati untuk melibatkan diri dengan kelas dan aktiviti anjuran PEDi sehinggalah di sapa oleh salah seorang dari petugas PEDi untuk terlibat bersama dalam menjayakan beberapa program-program yang dianjurkan. Sejak dari itu barulah beliau menyedari bahawa perkhidmatan yang disediakan khususnya kelas / bengkel di PEDi tidak hanya tertumpu kepada pelajar sekolah sebaliknya untuk semua peringkat umur. Menyedari kelemahan beliau terutamanya dalam dunia ICT menjadikan beliau berminat untuk mendalami ilmu teknologi melalui penglibatan diri dengan program dan kelas anjuran PEDi. Harapan beliau pada ketika itu, dengan pembelajaran yang beliau perolehi di PEDi sedikit sebanyak dapat membantu beliau meringankan beban suami beliau dalam kerja-kerja merekodkan sebarang transaksi kewangan dan kerja kerja menaip surat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas terlibat dengan bengkel dan kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi, banyak perubahan dan ilmu ICT yang beliau telah perolehi. Daripada penglibatan beliau dengan kelas ICT, beliau dapat mengasah balik pengetahuan beliau tentang komputer yang telah lama beliau tinggalkan dan banyak fungsi-fungsi terbaru beliau pelajari yang terdapat dalam ms office terutamanya. Dengan pembelajaran tersebut, kini beliau mahir menaip menggunakan ms office word dan mahir merekod duit keluar masuk dan membuat kewangan menggunakan ms office excel. Kini beliau menjadi pembantu pribadi suami beliau dalam menguruskan kerja-kerja syarikat yang berkaitan dengan rekod, surat menyurat atau permohonan di atas talian Selain itu beliau mengaplikasikan pembelajaran yang di perolehi di PEDi dalam membantu anak-anak beliau menggunakan komputer untuk kegunaaan pembelajaran mereka terutamanya yang menglibatkan pembelajaran atas talian. Melalui pembelajaran tentang internet juga dapat mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak di laman web yang disediakan oleh kementerian Pendidikan. Selain itu melalui kelas internet yang diikuti, beliau dapat mencari dan menonton drama kegemaran beliau di Youtube sebagai hiburan seharian beliau.