BELAJAR KELAS ICT

Nama  : MUHAMMAD FAEZ YASSER BIN MOHD FAIZAL
Umur  : 8 TAHUN
Ahli  : 6 DISEMBER 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q4 2023 kali ini kami memilih Adik Muhammad Faez Yasser Bin Mohd Faizal lahir pada 10 Jun 2023 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Adik Faez Yassir merupakan anak bungsu dari 2 orang adik beradik dan kini berusia 8 Tahun dibesarkan di Perumahan Rumah Banjir Kg. Simpang Sepayang di alamat No 53 RPB simpang Sepayang. 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. Adik Faez Yasser sedang menuntut di sekolah kebangsaan Pontian, rompin Pahang. Beliau bercita-cita untuk menjadi ahli politik besar nanti menurun kerjaya ibu dan datukya yang bergiat aktif dalam bidang politik. Sering mencuba sesuatu yang baru dan sikap ingin tahu pada sesuatu merupakan sifat semula jadi yang dimiliki oleh adik Faez Yasser. Dibesarkan di dalam keluarga yang berpelajaran menjadikan ibu bapa beliau sebagai idola untuk berjaya di masa akan datang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran Pusat Ekonomi Digatal (PEDi), Adik Faez Yasser hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja dan menggunakan komputer ketika di makmal sekolah. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori pengetahuan asas. Sering mendengar cerita daripada rakan-rakan yang lain yang kerap berkunjung ke PEDi menjadikan beliau sedikit sebanyak menaruh minat untuk mempelajari ilmu ICT di PEDi.Memandangkan ibu beliau dan kakak beliau sering berkunjung ke PEDi untuk urusan harian, beliau memaklumkan kepada ibu beliau untuk mendaftar sebagai ahli di pedi dan berminat untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurakan di pedi bagi menambah ilmu pengetahuan beliau dalam ilmu ICT sekaligus meningkatkan pergaulan bersama rakan sebaya yang sering datang di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Peringkat awal yang membolehkan beliau mula melibatkan diri dengan program anjuran PEDi apabila pihak petugas pusat internet hadir membuat program di sekolah beliau. Dari situlah beliau mula serasi dengan petugas di pusat internet sekaligus mengikis perasaan pemalu beliau untuk bergaul dengan orang luar. Aktiviti pertama yang beliau pelajari ketika itu ialah pengenalan komputer. Setelah itu pihak petugas PEDi menawarkan beberapa modul sambungan iaitu ms office dan internet. Selain itu beliau juga mengikuti modul tambahan anjuran PEDi seperti bengkel membuat video, bengkel membuat poster, bengkel menyunting gambar dan kelas STEM IOT. Oleh kerana minat beliau dan sifat semula jadi suka mencuba sesuatu yang baru,serta berbekalkan dengan ilmu dan pembelajaran yang telah di pelajari di PEDi, beliau sering kali datang ke PEDi untuk mempraktikkan apa yang beliau telah pelajari dengan memahirkan diri dengan kerja-kerja menaip, membuat video, mereka poster, dan menyunting gambar. Setiap kali PEDi menganjurkan program seperti pertandingan poster, pertandingan video dan pertandingan menaip pantas, beliau tidak pernah mengecualikan diri beliau untuk memasuki pertandingan tersebut. Erti kata lain beliau kini lebih mahir menggunakan komputer dan gadjet dan lebih berkeyakinan diri untuk bergaul dengan orang.