BELAJAR KELAS ICT

Nama NUR IMAN NADHIRAH BINTI IBRAHIM
Umur  : 8 TAHUN
Ahli  : 6 JANUARI 2022

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q1 2024 kali ini kami memilih Adik Nur Iman Nadhirah binti Ibrahim yang lahir pada 16 September 2016 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Adik Iman merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik dan kini berusia 8 Tahun dibesarkan di Perumahan Peladang Kg. Simpang Sepayang di alamat No 01 Kuarters Peladang kg simpang Sepayang. 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. Adik Iman sedang menuntut di sekolah kebangsaan Pontian, rompin Pahang. Beliau bercita-cita untuk menjadi ahli polis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran Pusat Ekonomi Digatal (PEDi), Adik Iman hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja dan menggunakan komputer ketika di makmal sekolah. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori pengetahuan asas. Sering mendengar cerita daripada rakan-rakan yang lain yang kerap berkunjung ke PEDi menjadikan beliau sedikit sebanyak menaruh minat untuk mempelajari ilmu ICT di PEDi.Memandangkan ibu beliau dan kakak beliau sering berkunjung ke PEDi untuk urusan harian, beliau memaklumkan kepada ibu beliau untuk mendaftar sebagai ahli di pedi dan berminat untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurakan di pedi bagi menambah ilmu pengetahuan beliau dalam ilmu ICT sekaligus meningkatkan pergaulan bersama rakan sebaya yang sering datang di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Peringkat awal yang membolehkan beliau mula melibatkan diri dengan program anjuran PEDi apabila ibu beliau menghantar baliau untu kmengikuti kelas tuisyen online yang dianjurkan di PEDi. ketia itu, beliau baru berumur 6 tahun. Dari situlah beliau mula serasi dengan petugas di pusat internet sekaligus mengikis perasaan pemalu beliau untuk bergaul dengan orang luar. Selain itu, beliua juga mengikuti kelas pengenalan komputer. Setelah itu pihak petugas PEDi menawarkan beberapa modul sambungan iaitu ms office dan internet. Selain itu beliau juga mengikuti modul tambahan anjuran PEDi seperti bengkel membuat video, bengkel membuat poster, bengkel menyunting gambar dan kelas STEM IOT. Oleh kerana minat beliau dan sifat semula jadi suka mencuba sesuatu yang baru,serta berbekalkan dengan ilmu dan pembelajaran yang telah di pelajari di PEDi, beliau sering kali datang ke PEDi untuk mempraktikkan apa yang beliau telah pelajari dengan memahirkan diri dengan kerja-kerja menaip, membuat video, mereka poster, dan menyunting gambar. Setiap kali PEDi menganjurkan program seperti pertandingan poster, pertandingan video dan pertandingan menaip pantas, beliau tidak pernah mengecualikan diri beliau untuk memasuki pertandingan tersebut. Erti kata lain beliau kini lebih mahir menggunakan komputer dan gadjet dan lebih berkeyakinan diri untuk bergaul dengan orang. Adik Iman juga adalalah salah seorang peserta tuisyen yang paling aktif dah telah dipilih untuk menerima hadiah dan sumbangan dari pihak PEDi.