Nama  : PN. YUSMALIZA BINTI YUSOF
Umur  : 38 TAHUN
Ahli  : 24 FEBRUARI 2024

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 pada tahun 2024 kali ini kami memilih salah seorang Ahli NADI Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Yusmaliza binti Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yus. Kak Yus dilahirkan pada tahun 1986 berusia 38 tahun dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mempunyai cahaya mata lelaki sebanyak 3 orang dan beliau tinggal di Kg Feri, Sepayang. Apabila anak anak semakin membesar Kak Yus mengambil inisiatif untuk menjual barangan bundle seperti pakaian, tuala, cadar dan pelbagai jenis barangan keperluan rumah lagi. Sebelum aktif menjual menggunakan platform secara atas talian, kak yus menjual di pasar pagi atau pasar malam di sekitar Rompin dan Endau. Beliau mengambil stok barangan bundle di Johor. Pada tahun 2020 semasa PKP beliau mula menjual secara atas talian memandangkan orang ramai tidak boleh keluar rumah untuk membeli di pasar. Hal ini menjadikan beliau mula menjual secara atas talian menggunakan platform Shopee dan Tik tok shop sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum kak yus terlibat secara langsung dengan NADI Kg Simpang Sepayang, kak yus sering datang ke NADI tetapi hanya untuk urusan seperti photostat, print, mengisi borang borang dan lain lain urusan. Beliau tidak terlibat secara langsung untuk kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kak Yus telah mengikuti kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh NADI Kg Simpang Sepayang seperti kelas Usahawan Tik Tok Shop, Shopee dan AI untuk usahawan. Kak Yus aktif membuat "LIVE" di paltform Tik Tok Shop beliau. Sepanjang musim perayaan ini ramai pembeli membeli barangan jualan dari kak yus apbila beliau semakin aktif membuat " LIVE"  dan beliau sering datang untuk mencetak borang AWB (Airwaybill) untuk bungkusan parcel para pelanggan beliau.