BELAJAR KELAS ICT
Nama | : AURA NUR ZINNEERAH BINTI MOHD AZMAN |
Umur | : 6 TAHUN |
Ahli | : 9 JANUARI 2022 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q2 2024 kali ini kami memilih adik Aura Nur Zinneerah binti Mohd Azman.Anak kedua daripada 3 orang adik beradik ini merupakan pelajar PRA di sekolah kebangsaan Pontian Rompin Pahang. Bapa beliau bekerja sebagai petani sawah padi manakala ibu beliau bekerja sebagai rakan digita di Nadi Simpang Sepayang.. Adik Zinerah merupakan seorang kakak dan adik yang prihatin dan matang. Semangat belajar sesuatu yang baharu merupakan satu sikap yang diperolehi oleh beliau sejak dari kecil lagi. Mempunyai lavel keyakinan yang tinggi menjadikan adik zineerah pandai berfashion dan suka mencipta content video dan dimuatkan di dalam tiktok. Seorang pelajar contoh di dalam kelas menjadikan adik Zineerah pelajar target di sekolah. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang pereka fashion apabila besar kelak. Di masa kelapangan beliau juga suka membantu ibu beliau bercucuk tanam dan membuat kerja-kerja rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dengan program anjuran Nadi, seperti yang lainya Adik Zinnerah tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Awal peglibatan adik zineerah dengan Nadi ketika Pihak petugas nadi hadir ke tadika untuk kelas asas komponen komputer. Di situ beliau mula mengenal komponen komponen komputer dan fungsinya. Mula dari situ beliau ingin mempelajari lebih banyak tentang ict.. Oleh yang demikian ibu belia mendaftarkan nama belaiu di Nadi untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Nadi. Sejak dari itu adik Zineerah tidak pernah tercicr dalam menyertai aktiviti ICT anjuran di Nadi Simpang Sepayang. Tambah pula ibu beliau dapat diterima bekerja sebagai Rakan digital di Nadi Simpang Sepayang, oleh yang demikian masa beliau di masa lapang banyak dihabiskan di Nadi. Itulah salah satu unca beliau pandai dan mahir menggunkan komputer dan bijak mencipta conten video tanpa bantu ibu bapa beliau mahupun orang dewasa. Pernah satu masa dahulu beliau sendiri yang mengajar rakan rakan sebaya beliay dan kakak beliau mencipta video menggunakan cup cat. Bukan itu sahaja beliau juga menggunakan kemahiran yang beliau ada dan kemudahan yang didapati di Nadi untuk mencari bahanbahan belajar untuk dijadakan bahan ulang kaji beliau.