BELAJAR KELAS ICT / USAHAWAN
Nama | : ASNI BT RIDUAN |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q3 2017, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau merupakan anakjati Kg SimpangSepayang. Asni bt Riduan atau lebih dikenali dengan panggilan Asni telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010, dan kelas lanjutan ialah Internet dan e-mel, Microsoft Publisher, kelas keusahawanan, kelas dashboard My Shop,dan Kelas membuat Proposal (kertas Kerja).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Asni merupakan peniaga warung makanan dan juga menjual pelbagai jenis produk untuk menambah pendapatan keluarga. Sering berkunjung ke pusat internet dan menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Hanya menjual produk menggunakan platform Facebook sahaja selain jualan secara “tidak langsung” Offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam ilmu keusahawanan dan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI1M telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram. Beliau juga telah mempelajari cara untuk membuat poster perniagaan, kad perniagaan dan pelbagai asas Microsoft Office untuk memahirkan lagi ilmu yang sedia ada. Beliau kini telah bekerja sebagai Penyelia Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Kg Simpang Sepayang.