Nama : PN. NURUL SYAFIKA BT MOKRI
Umur : 28 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q3 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Nurul Syafika bt Mokri atau lebih dikenali dengan panggilan Pika. Pika merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang pernah mengikuti kelas keusahawanan (E-rezeki), dan kelas dashboard Komuniti di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pika merupakan seorang Eksekutif di salah sebuah kilang di Simpang Renggam. Selain bekerja, beliau juga minat berniaga sebagai aktiviti sampingan di samping boleh menambah pendapatan beliau dan keluarga. Sebelum ini beliau hanya menjual dan mempromosikan produk-produk jualan beliau secara online dan offline. Tempahan yang beliau ambil adalah melalui aplikasi WhatsApps dan Facebook. Selain itu, tempahan yang beliau dapat kadangkala banyak dan ada masanya sedikit dan tidak menentu. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Simpang Sepayang untuk belajar ilmu keusahawanan bagaimana untuk mempromosikan dan meningkatkan lagi jualan produk beliau secara meluas selain apa yang telah beliau lakukan sebelum ini. Kedatangan pika untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan Pika dengan menghadiri kelas keusahawanan di Pusat internet (PI), jualan produk beliau makin meningkat dari sehari ke sehari. Beliau juga semakin pandai untuk membuat ayat power untuk promosikan produk-produk beliau.  Antara yang beliau pelajari di PI ialah Latihan asas keusahawanan, Latihan E-rezeki dan Dashboard Komuniti (My Shop). Selain itu, pika juga turut memasarkan produk beliau secara online menggunakan Aplikasi Dashboard My Shop dan Instagram selain Facebook dan WhatApps. Beliau turut mengikuti kelas e-rezeki yang mana beliau boleh menjana pendatan sampingan menggunakan pelbagai platform yang disediakan.