Nama | : CIK NUR SALINA BT JAFRI |
Umur | : 21 tahun |
Ahli | : 2009 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q3 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang iaitu saudari Nur Salina binti Jafri. Beliau merupakan seorang peniaga yang mempunyai sebuah kedai makan iaitu Sally Corner. Berkelulusan dalam bidang Sijil Kulinari dari sebuah Kolej Komuniti di Rompin. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet antaranya ialah kelas Asas ICT, kelas asas keusahawanan, e-usahawan & e-rezeki, dashboard komuniti dan banyak lagi kelas dan program. Segala ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya sehinggalah beliau berjaya membuka sebuah kedai makan sendiri berdekatan dengan Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Bagi mempromosikan lagi kedai dan perkhidmatan katering beliau, beliau juga telah belajar bagaimana untuk membuat Facebook page untuk Sally Corner dan location di google maps untuk lokasi kedai beliau. Antara tempahan katering yang beliau ambil ialah pelbagai jenis masakan nasi minyak, nasi ayam, mee kari, bihun sup daging/tulang, makanan goring (keropok,keledek,pisang), minuman ABC, ABJ, Milo ais kepal dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saudari Nur Salina sering datang ke pusat internet untuk menggikuti program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet tetapi beliau hanya tidak terlibat secara serius untuk mengikuti kelas. Beliau juga tahu serba sedikit kemahiran asas komputer dan penggunaan ICT. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Simpang Sepayang untuk belajar kelas ICT dan juga kelas keusahawanan bagi mempromosikan lagi kedai beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI Kg Simpang Sepayang banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir bagaimana untuk memasarkan produk/perkhidmatan secara atas talian menggunakan platform Facebook dan Dashboard My Shop. Selain itu, beliau juga mengikuti kelas keusahawanan (e-rezeki) anjuran pusat internet menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook.