Nama | : PN. ROSIDA BT KAMIS |
Umur | : 33 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q4 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Rosida bt Kamis atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ros. Kak Ros merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang pernah mengikuti kelas keusahawanan (E-rezeki), kelas e-usahawan (Membuat Cover Page untuk perkhidmatan yang ditawarkan, Fb Ads) dan kelas dashboard Komuniti. Kak Ros merupakan seorang Suri rumah yang mana beliau aktif berniaga secara offline dan online untuk perkhidmatan pakej-pakej percutian ke seluruh negara. Kak ros menjalankan perniagaan ini bagi menambahkan lagi pendapatan isi rumah beliau disamping minat dalam bidang perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Kak ros dengan pusat internet, Kak ros memang telah berniaga secara online dan offline tetapi Kak ros hanya fokus kepada menggunakan Facebook sahaja. Kak ros tidak ada ilmu yang meluas mengenai Fb Ads / Fb Page yang mana melalui platform ini dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan yang ingin menenmpah dari Kak ros. Tempahan yang beliau ambil adalah melalui aplikasi WhatsApps dan Facebook. Selain itu, tempahan yang beliau dapat kadangkala banyak dan ada masanya sedikit dan tidak menentu. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Simpang Sepayang untuk belajar ilmu keusahawanan bagaimana untuk mempromosikan dan meningkatkan lagi jualan produk perkhidmatan beliau secara meluas selain apa yang telah beliau lakukan sebelum ini. Kedatangan Kak ros untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan Kak ros dengan menghadiri kelas keusahawanan di Pusat internet (PI), jualan produk perkhidmatan beliau makin meningkat dari sehari ke sehari. Beliau juga semakin pandai untuk membuat ayat power (Copywriting) untuk promosikan produk perkhidmatan beliau. Antara yang beliau pelajari di PI ialah Latihan asas keusahawanan, Latihan e-Usahawan, Fb-Ads, Fb Page, Latihan E-rezeki dan Dashboard Komuniti (My Shop). Selain itu, kak ros juga turut memasukkan pakej pekhidmatan beliau secara online menggunakan Aplikasi Dashboard My Shop dan Instagram selain Facebook dan WhatApps. Beliau turut mengikuti kelas e-rezeki yang mana beliau boleh menjana pendapatan sampingan menggunakan pelbagai platform yang disediakan.