Nama | : PN MAZLINA BT CHE OMARI |
Umur | : 43 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q1 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Mazlina binti Che Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Maz. Kak Maz merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang baru sahaja beberapa minggu mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Kak Maz telah diajar tentang pengenalan komputer, Microsoft Office Word 2010 dan Excel 2010. Selain itu, beliau juga telah diberi taklimat mengenai Pusat Internet dan Dashboard Komuniti. Kak Maz merupakan seorang suri rumah yang mana beliau aktif berniaga secara offline iaitu berniaga produk makanan (sate) di Leban Chondong. Kak Maz menjalankan perniagaan ini bagi menambahkan lagi pendapatan isi rumah beliau disamping minat dalam bidang perniagaan. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Sebelum penglibatan Kak Maz dengan pusat internet, beliau ada sedikit asas tentang penggunaan Microsoft Office tetapi tidak mahir menggunakannya. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet untuk belajar dari awal pengenalan komputer dan kelas seterusnya sehingga berjaya mendpaat sijil komputer. Kebiasaannya, tempahan sate yang beliau ambil adalah melalui aplikasi WhatsApps dan telefon sahaja. Oleh itu, beliau ingin mempekajari ilmu untuk mempromosikan lagi perniagaan sate beliau secara online dan meluas selain apa yang telah beliau lakukan sebelum ini. Kedatangan Kak Maz untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Selepas penglibatan Kak Maz dengan menghadiri kelas di Pusat internet, Kak Maz semakin mahir menggunakan komputer dan semakin mahir untuk perisian Microsoft Office. Beliau telah diajar cara untuk membuat poster perniagaan menggunakan Microsoft Office Word 2010, dan juga membuat kunci kira-kira menggunakan Microsoft Office Excel 2010. Kak Maz masih meneruskan kelas komputer seperti biasa dan banyak lagi yang akan beliau pelajari selepas ini selain untuk memasarkan dan mempromosikan lagi produk sate beliau. |