Nama | : PN ROBIAH BT SONGSANG |
Umur | : 43 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q1 2019, Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang telah memilih salah seorang Ahli Pusat Internet iaitu Puan Robiah binti Songsang atau lebih dikenali sebagai Kak Ruby. Beliau merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan yang diberi nama sebagai Warung Ruby LC yang terletak di Kg Leban Chondong. Selain perniagaan di warung beliau juga menjalankan perkhidmatan katering kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menempah perkhidmatan katering dari beliau. Terdapat pelbagai jenis masakan yang beliau tawarkan samada untuk pelbagai majlis antaranya jamuan ringan, jamuan hari raya, majlis sambutan hari lahir dan pelbagai lagi mengikut citarasa pengguna dan masakan yang utama adalah Udang Galah kerana warung beliau berada di Kg Leban Chondong. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet antaranya ialah kelas Asas ICT, kelas asas keusahawanan, dashboard komuniti dan lain-lain. Ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya untuk beliau mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Sebelum penglibatan Kak Ruby dengan Pusat internet, beliau hanya pandai bahagian asas sahaja mengenai ICT. Kak Ruby juga seorang yang aktif dalam pelbagai persatuan antaranya Empower ECER dan Usahanita Kg Leban Chondong. Kak Ruby menitikberatkan pengetahuan dalam bidang ICT kerana beliau ingin tahu dan pandai dalam menggunakan aplikasi yang ada sebagai bekalan untuk memudahkan beliau melakukan pelbagai kerja. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Selepas penglibatan Kak Ruby dengan pusat internet, banyak yang beliau telah pelajari bersama pusat internet daripada kelas asas yang dikendalikan di Perpustakaan Desa Kg Leban Chondong dan Pusat Internet Kg Simpang Sepayang sehingga ke kelas keusahawanan. Beliau juga semakin mahir bagaimana untuk memasarkan perniagaan beliau secara atas talian menggunakan platform Facebook dan WhatsApps. |