Nama | : PN. KAMISAH BINTI KARIM |
Umur | : 35 Tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q3 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Kamisah Binti Karim atau lebih dikenali sebagai kak Cha. Beliau merupakan anak jati kuala Rompin Pahang dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau mula berniaga secara suka-suka pada tahun 2013 sebagai penjual nasi lemak dan kuih di warung secara kecil-kecilan. Namun semenjak Januari 2017 sejajar dengan peredaran zaman yang semakin membangun dimana orang mula berniaga secara online beliau mula menyimpan minat dan mengambil serius dalam bidang perniagaan dan telah mencuba untuk menjual produk kesihatan diatas talian. Setelah mendapat ramai pelanggan dan kenalan di facebook beliau mencuba untuk mempelbagaikan lagi jenis jualan produk di atas talian disamping menerima tempahan catering di sekitar kediaman beliau. Berbekalkan pengetahuan asas, beliau memberanikan diri untuk mengasah pengetahuan beliau dan memperdalami ilmu perniagaan atas talian dengan menglibatkan diri menyertai bengkel usahawan anjuran beberapa agensi di sekitar rompin seperti Pusat Internet & ACER Empower. Antara bengkel yang beliau telah sertai adalah bengkel cara dan tips promosi atas talian, Bengkel kewangan, dan bengkel teknik photografi. Ternyata untuk Berjaya dalam sesuatu perniagaan, ilmu bidang perniagaan adalah penting bagi memastikan perniagaan kita maju dan berjaya. Ini kerana selepas beliau menyertai bengkel tersebut jualan terhadap produk beliau semakin meningkat dengan pancingan ayat-ayat dan gambar produk yang menarik. Dan lejar kewangan yang sistematik membantu beliau mengenalpasti dan mengkaji untung rugi setiap jualan produk beliau. Kini beliau masih mempraktikkan ilmu yang beliau perolehi dan bercadang untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan lagi jualan produk beliau di masa akan datang. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga di warung, menjaja dan menjual produk kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Namun selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan ECER Empower beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan facebook dan muat naik kedalam status whatapp. Dengan cara ini beliau dapat mewarkan-warkan perniagaan beliau ke pada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja. Selain itu binaan ayat-ayat menarik mampu memancing pelanggan untuk mencuba produk jualan beliau. Penglibatan dalam bengkel teknik photografi dalam menghasilkan gambar produk yang menarik dan jelas juga membantu mempertingkatkan jualan produk beliau. Serta bengkel kewangan membantu beliau menyediakan kunci kira yang lebih sistematik dan teratur membolehkan beliau meletakkan target capaian jualan dan mengenalpasti untung rugi setiap produk yang terjual. Manakala melalui bengkel advokasi iaitu etika penggunaan teknologi dan klik dengan bijak menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi terutamanya ketika membuat transaksi jual beli agar tidak menjadi mangsa jenayah siber dan sekaligus menjadikn beliau pengguna yang bertanggungjawab. |