Nama | : CIK NUR HAFIZAH BINTI MOHD ISA |
Umur | : 29 Tahun |
Ahli | : 2009 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Nur Hafizah Binti Mohd Isa berumur 29 tahun merupakan anak kelahiran Kuala Rompin telah mula menetap di No 8A PPRT Desa Murni , Kuala Rompin bersama orang tuanya. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Hospitaliti dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia. Sebelum ini beliau pernah bekerja di sebuah kilang selama setahun dan berhenti kerana menerima tawaran pekerjaan di sebuah syarikat swasta sebagai manager selepas setahun beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung karana masalah keluarga. Sejak pada itu beliau membuat pekerjaan sebagai penanam cili dan memasarkan hasil tanaman beliau ke pasar-pasar sekita kuala rompin dan endau. Namun kini hasil jualan cili beliau semakin merosot dan ini membuat kan beliau mencari inisiatif lain untuk menambah punca pendapatan iaitu dengan menghasilkan aksesori homemade seperti keronsang, klip rambut dan cekak rambut. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Beliau mula mendaftar sebagai ahli dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Internet sejak tahun 2009 lagi. Pada ketika itu beliau masih lagi bersekolah. Awal kehadiran beliau di pusat internet pada ketika itu adalah kerana beliau langsung tidak tahu menggunakan komputer. Pada masa itu kemahiran komputer diperlukan untuk membuat kerja sekolah dan untuk mencari bahan-bahan pelajaran, beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus komputer. Memandangkan pada ketika itu Pusat internet baru sahaja beroperasi di Kampung Simpang Sepayang dan ada menawarkan perkhidmatan bengkel komputer, beliau bersama beberapa rakan sekelas beliau datang ke pusat internet untuk mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet sekali gus membuat temujanji kelas komputer pada musim cuti sekolah. Bermula pada situ lah beliau mula mempelajari komputer dan mahir menggunakan komputer dan menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat internet sehingga beliau tamat belajar di universiti. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Beliau mula menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet selepa beliau berhenti kerja dan pulang ke kampung. Ketika itu beliau menggunakan internet untuk mencari info berkaitan dengan penanaman cili kampung. Dengan bantuan petugas pusat internet pada ketika itu beliau memudahkan kerja beliau mencari info-info yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Di Pusat internet jugalah tercetusnya idea beliau untuk membuat perniagaan sampingan selain menjual cili, iaitu menghasilkan homemade aksesori untuk menambah punca pendapatan beliau , memandangkan pernanaman dan hasil jualan cili beliau pada masa itu semakin merosot kerana masalah cuaca dan diserang serangga. Petugas pusat internet sedikit sebanyak membantu beliau mencari video tutorial, mencari agen jualan bahan yang diperlukan pada kadar harga yang murah dan mencari idea-idea untuk menghasilkan aksesori yang unit dan menarik untuk dijual. Jika sebelum ini hasil homade yang di buat oleh beliau hanya dijual kepada kenalan di sekitar rompin iaitu secara offline ,namun memandangkan dunia teknologi semakin meluas dan peniaga online semakin bertambah bagaikan cendawan, memberikan kesedaran kepada beliau untuk memasarkan hasil kraf beliau ke peringkat yang lebih meluas iaitu secara online yang mana tidak tertumput di sekitar rompin. Oleh itu beliau baru sahaja mengikuti kursus keusahawanan di Pusat internet iaitu mempelajari bagaimana menjual aksesori homemade beliau di bawah platform shopee. Jualan di bawah shopee baru sahaja dibuat dan masih lagi dalam tempoh pembelajaran untuk meningkatkan hasil jualan. Buat masa kini belaiu baru mendapat 3 tempahan dari pengguna shopee. Pada beliau ini baru permulaan yang memberikan gambaran positive jika beliau terus berusaha mempertingkatkan mutu promosi dan dan produk beliau. Selain itu dengan Pusat internet juga beliau mengambil peluang untuk memasarkan produk beliau di bawah platform Dashboard Komuniti iaitu My shop yang disediakan dan diuruskan oleh Pusat internet. Oleh itu beliau telah pun memuat turun aplikasi dashboard komuniti ke telefon mudah alih beliau dan memuat naik produk-produk beliau ke dalam aplikasi tersebut. |