Nama Program: Program Pengenalan Paluan Kompang Al-Hilal Kg Sepayang

Tarikh: 10 - 12 Disember 2022

Masa: 11:00 Pagi - 1:00 Petang

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Tujuan/Aktiviti:

Program Paluan Kompang bertujuan untuk mengasah bakat komuniti kampung sepayang. Persatuan kompang ini adalah di bawah naungan masjid Al-Hilal Kg Sepayang yang mana peserta perlu hadir untuk mengikuti latihan yang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bakat yang ada perlu dilatih dan diasah supaya lebih ramai lagi pelapis dapat diketengahkan pada masa akan datang. Selain itu, turut diselitkan beberapa pelajaran mengenai solat berjemaah dimasjid.. perkara ini adalah bertujuan untuk memberi mereka galakan untuk terus solat di masjid bagi mengimarahkan lagi masjid kampung Al Hilal selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti kampung agar ukhuwah yang dibina berpanjangan.