Nama Program: Program Sukan Sekampung Kg Simpang Sepayang

Tarikh: 10 November 2019 (Ahad)

Masa: 7.30 Pagi - 6.30 Petang

Tempat: Padang Bola Sepak Kg Simpang Sepayang

Anjuran: MPKK Kg Simpang Sepayang (Biro Belia & Sukan Kg Simpang Sepayang)

Tujuan/Aktiviti: Program Sukan Sekampung Kg Simpang Sepayang telah diadakan pada 10 November 2019 (Ahad) yang dianjukan oleh MPKK Kg Simpang Sepayang di bawah (Biro Belia & Sukan Kg Simpang Sepayang). Pelbagai acara sukan yang menarik telah diadakan di samping gerai jualan. Tujuan diadakan program ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara penduduk disamping menjalankan aktiviti sukan yang boleh menyihatkan tubuh badan semua peringkat umur. Hadiah menarik diberikan kepada pemenang dan juga cabutan bertuah turut diadakan. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Pontian.