PEMAKLUMAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

APA ITU PADU
📌 PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara lebih bersasar. PADU telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024.

APA TUJUAN PEMBANGUNAN PADU?
📌 Meningkatkan kecekapan perancangan dasar & pengagihan sumber terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada individu yang benar-benar layak.

SIAPA YANG PERLU MENDAFTAR PADU
📌 Semua penduduk Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PENDAFTARAN PADU
📌 Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat ke dalam sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024. Pendaftaran secara online boleh dibuat di laman web PADU; www.padu.gov.my
📌 Empat (4) langkah untuk mendaftar:
1. Mengisi Maklumat Asas (Nama,IC,Poskod,HP/emel)
2. Pengesahan OTP (SMS/emel)
3. Tetapkan kata laluan (Aa#)
4. Pengesahan Identiti (EKYC)
📌 Selepas selesai pendaftaran, anda perlu log in dan seterusnya mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.

BAGAIMANA JIKA PENDUDUK YANG TIDAK MEMPUNYAI TELFON BIMBIT ATAU TIDAK MAHIR UNTUK MENDAFTAR SECARA ONLINE?
📌 Bagi penduduk yang tidak mempunyai telefon bimbit dan memerlukan bantuan untuk membuat pendaftaran secara online atau mempunyai masalah capaian internet, anda boleh ke Pusat Internet Desa (PEDi) berhampiran. Petugas di PEDi akan membantu anda membuat pendaftaran dan mengemaskini maklumat.
📌 Pendaftaran juga boleh dibuat di Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia di Wisma Persekutuan Kuantan, Pejabat Operasi Bentong & Pejabat Operasi Temerloh. Kaunter PADU turut dibuka di UTC, Kuantan dan beberapa lokasi Hotspot lain.
📌 Senarai lokasi Kaunter Padu di seluruh negeri Pahang boleh dicapai di pautan berikut https://www.padu.gov.my/senarai_kaunter/senarai_kaunter_fizikal_padu_PEDI_mengikut_negeri.pdf

ADAKAH SAYA BOLEH MEMILIH UNTUK TIDAK MENDAFTAR PADU?
📌 Boleh. Walaubagaimanapun, tindakan tersebut boleh menyebabkan anda dan isirumah anda berisiko tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

HOTLINE
📌 Sebarang maklumbalas dan aduan boleh dibuat melalui:
✅ Talian Hotline
â–ª 1-800-88-7720
(8.00pg-6ptg)
â–ª 1-800-88-7721
(7.30pg-10mlm)
✅ Secara online melalui
SiSPAA di Portal PADU (24 jam)
✅ DOSM Pahang: 095163931/ 37

Sumber: https://www.facebook.com/DOSMPahang