NAMA PEDi 

PUSAT EKONOMI DIGITAL KG SIMPANG SEPAYANG

NAMA FASA

FASA 1-EXTENSION

MULA BEROPERASI

APRIL 2009


Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Simpang Sepayang merupakan fasa 1-Extension yang telah beroperasi pada April 2009. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah nama pertama yang digunakan dan ditukarkan kepada Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M). Selepas itu ditukarkan kepada Pusat Internet Komuniti (PIK) dan kini dijenamakan semula kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Pada 31 Julai 2015, PEDi Kg Simpang Sepayang telah beroperasi di tempat baru iaitu di bahagian belakang bangunan lama. 

Bermula dari PEDi Kg Simpang Sepayang beroperasi pada April 2009 sehingga Ogos 2023, PEDi telah memiliki keahlian berdaftar seramai 1962 orang.

PEDi Kg Simpang Sepayang telah memberi kemudahan ICT kepada komuniti setempat kepada semua golongan tidak kira tua atau muda. PEDi Kg Simpang Sepayangjuga banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada golongan-golongan yang kurang pengetahuan tentang ICT. Dan sehingga kini, PEDi Kg Simpang Sepayangtelah dikenali di semua peringkat umur bagi kemudahan-kemudahan yang disediakan dan melalui aktiviti-aktiviti yang telah diadakan. PEDi sering bekerjasama dengan komuniti khususnya JPKK Kg Simpang Sepayang dan Persatuan Belia Kg dalam menitikberatkan aspek-aspek kemasyarakatan antara komuniti setempat.

Gambar Terkini Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Simpang Sepayang