Nama Program: Kem SMART 3A (Akidah, Akhlak, Akademik)
Tarikh: 13 & 14 Disember 2018 (Khamis - Jumaat)
Masa: 2 Hari 1 Malam
Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Simpang Sepayang
Anjuran: Jabatan Kebajikan Masyarakat + Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Sepayang dengan kerjasama Pusat Internet Kg simpang Sepayang + Masjid Al-Hilal Kg Simpang Sepayang
Tujuan/Aktiviti: Program Kem SMART 3A (Akidah, Akhlak, Akademik) merupakan salah satu program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat + Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Sepayang dengan kerjasama Pusat Internet Kg simpang Sepayang + Masjid Al-Hilal Kg Simpang Sepayang khusus untuk pelajar sekolah berumur 8 - 18 tahun yang mana kem ini dijalankan selama 2 Hari 1 Malam. Semua pelajar yang terlibat akan bermalam di Masjid dan mereka didedahkan dengan pelbagai modul antaranya Slot Pengurusan jenazah dan praktikal, Slot Cara bersuci, Slot Team building, Slot malam keinsafan, Slot Qiamulail berjemaah, dan Slot Gotong royong. Penceramah jemputan dari pelbagai jabatan telah terlibat dalam menyampaikan taklimat dan praktikal kepada peserta yang terlibat. Aktiviti seperti ini mampu memberikan manfaat kepada semua pelajar terutamanya mengisi masa lpang mereka pada cuti sekolah ini.
Nama Program: Program Sehari di Kg Sepayang (Kem Solat Pelajar Sekolah)
Tarikh: 5 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa: 2.30 Petang - 5.30 Petang
Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Simpang Sepayang
Anjuran: Komuniti Mukim Pontian, Pejabat Penghulu Mukim Pontian, Pejabat Penerangan Daerah Rompin, JKKK Kg Simpang Sepayang.
Tujuan/Aktiviti: Program Sehari bersama komuniti Kg Simpang Sepayang (Kem Solat Pelajar Sekolah) merupakan salah satu program untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang mana program ini untuk membantu dan melatih mereka solat dalan keadaan yang betul. Penceramah jemputan iaitu Imam 1 Masjid Tengku Mahkota Abdullah yang telah menyampaikan taklimat dan praktikal kepada pelajar sekolah. Aktiviti seperti ini mampu memberikan manfaat kepada semua pelajar.
KUALA LUMPUR 21 Julai - Pelbagai pihak dinasihatkan supaya tidak memandang remeh isu pemakaian kasut hitam di sekolah bermula tahun depan berikutan pelaksanaan undang-undang baharu itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, walaupun keputusan terhadap warna kasut sekolah dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun implikasinya adalah besar khususnya kepada pelajar dan ibu bapa.
Katanya, bagi para pelajar, kasut sekolah berwarna hitam lebih mudah diurus terutamanya dalam aspek kebersihan kerana sesuai dengan status pelajar yang aktif dalam aktiviti pembelajaran dan bersukan.
“Dengan menggunakan kasut sekolah berwarna hitam juga akan lebih menjimatkan wang kerana tidak perlu lagi berbelanja untuk membeli kapur untuk membersihkannya atau terpaksa membeli kasut sekolah berwarna putih setiap tahun jika sudah kotor atau lusuh.
“Ini sekali gus dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa serta penjaga terhadap pembelian kasut anak-anak mereka setiap tahun,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE