Hanya 40 minit dari Bandar Kuantan, Gua Charas adalah sebuah tarikan semula jadi yang mengamit kenangan yang unik. Untuk mendaki menuju ke kawasan gua, masa yang diambil adalah dalam sekitar 5 ke 10 minit.

Di dalam Gua tersebut juga terdapat patung-patung Buddha serta Kuil Hindu. Daripada kesemua patung yang terdapat di sini, salah satunya adalah patung Buddha berbaring. Patung ini menarik perhatian ramai pengunjung kerana kedudukannya yang lain daripada biasa.

Gua Charas juga mempunyai pengudaraan yang selesa dan fasiliti cantik yang memudahkan pengunjung. Kalau anda nak tahu, udara di dalam gua ini agak sejuk tidak ubah seperti berada di dalam bilik berpenghawa dingin.

Gua Charas juga sesuai untuk sesiapa yang inginkan ketenangan.

#PahangGo

Sumber: https://www.facebook.com/PahanGo/photos/a.2737536926259299/3608025672543749/