Bagi para kaki pancing udang galah, jika sebut saja Sungai Rompin, pasti anda terkenangkan tempat menarik di Rompin ini. Anda boleh mendapatkan hasil tangkapan yang amat berharga ini di sini. Menariknya, anda dapat merasai pengalaman memancing udang galah di sungai sambil menikmati udara dan persekitaran alam sekitar yang menenangkan jiwa.

Jika anda mahu hasil tangkapan yang banyak, anda harus datang pada waktu malam tetapi wajiblah berhati-hati kerana terdapat buaya yang sememangnya aktif berkeliaran di sungai ini pada waktu malam.

Sumber: https://ammboi.my/tempat-menarik-di-rompin-pahang/#9_Taman_Negara_Endau-Rompin