Bermula dalam tahun 1940an –Tempat terletaknya bandar ini, sekarang asal awalnya dijumpai oleh seorang asli suku Semelai bernama Leman. Menurut ceritanya kerja beliau seharian mencari rotan, apabila letih beliau bebaring rehat. Beliau menyedari ada sesuatu yang luar biasa ditempat baringannya iaitu seketul batu. Leman membawa batu tersebut ke Kuala Rompin dengan bersampan dari Pasir Aur (sekarang Kg.Aur) dan berjumpa dengan kenalannya bernama Sidek seorang peniaga rotan, damar yang sentiasa berurusan dengan masyarakat orang asli. Sidek, kemudiannya membawa batu itu kepada Pengurus Syarikat EASTERN MINING & METAL COMPANY (EMMCO). Seorang Inggeris di Bukit Besi, Dungun, Trenggannu. Pihak syarikat ini, kemudiannya menghantar beberapa orang penyelidik untuk menjalankan kajian tersebut. Kajian mendalam selanjutnya, telah disambung semula selepas perang Dunia Kedua. Apabila didapati kawasan ini mempunyai potensi yang baik untuk menjalankan perusahaan melombong bijih besi, syarikat ini telah berunding dengan Kerajaan negeri untuk mendapatkan pajakan galian. Pada 12hb Jun 1957- Pajakan galian diluluskan kepada syarikat EMMCO, selanjutnya pihak syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat bernama – ROMPIN MINING COMPANY (ROMPINCO). Untuk mengusahakan lombong tersebut. Untuk mengenang jasa LEMAN dan sahabatnya SIDEK pihak syarikat ROMPINCO. yang baru ditubuhkan itu, bercadang membayar saguhati berjumlah RM 100.00 sebulan kepada mereka, sebagai mengenang jasa orang yang mula-mula menjumpai bijih Besi dikawasan tersebut. Dari masa kemasa LEMAN dan sahabatnya, mendapati bahawa saguhati terlalu rendah dan dia telah meminta supaya jumlah saguhati tersebut dinaikkan. Walau bagaimanapun syarikat perlombongan ini, berpendapat bahawa tuntutan tersebut tidak boleh dipertimbangkan. Untuk mengelakkan syarikat perlombongan ini telah mengubah nama tempat ini (tempat yang dijumpai) Menjadi – BUKIT IBAM, suatu nama baru dalam sejarah Tanah air. Nama BUKIT IBAM, adalah satu nama yang baru kerana berdasarkan peta MALAYA yang dikeluarkan dalam tahun 1951 nama BUKIT IBAM, masih belum tercatat di mana-mana . Mengikut kata ” – G. SCLLOW bekerja sebagai Electrical Superintendent ROMPINCO. beliau menyatakan pengertian I.B.A.M ringkasan huruf nama yang diambil daripada tajuk sebuah buku iaitu – ²I BOUGHT A MOUNTAIN² yang dibaca oleh Mr.Fittburg, seorang jurutera ukur syarikat tersebut. Semasa beliau (Mr.Fittburg) menjalankan kerja-kerja ukur landasan keretapi laluan Bukit Ibam ke Tg. Tengku, KualaRompin. Daripadanya lah terbit nama – BUKIT IBAM. Selepas kejayaan beliau bersama pekerja-pekerja membuat pengukuran laluan landasan sehingga ke tapak lombong tersebut lalu bertanya salah seorang pekerja beliau – ²Apa nama Bukit tersebut ² satu pertanyaan yang sukar dijawab. Akhirnya beliau menyatakan nama bukit tersebut diambil dari ringkasan I.B.A.M iaitu ²I BOUGHT A MOUNTAIN². Perlombongan bijih besi di Bukit Ibam dipercayai bermula selepas negara mencapai kemerdekaan. Bukit Ibam merupakan antara pengeluar bijih timah yang terbesar di Asia suatu ketika dulu. Pelbagai cerita mengaitkan asal usul kewujudan di sebalik nama Bukit Ibam ini. Dikatakan suatu ketika dahulu, seorang Tok Batin yang dikenali nama Ibang sering ke Bandar Rompin. Pada suatu hari, beliau telah bertemu dengan Sir Robinson yang kebetulan sedang meninjau perkembangan bijih besi di Dungun. Beliau kemudiannya membawa Sir Robinson berjalan-jalan di sekitar Mukim Keratong sehinggalah dia terlihat pemandangan bukit-bukau. Sir Robinson lalu bertanyakan kepada Ibang nama bukit tersebut, Ibang hanya menggeleng kerana dia tidak mengetahui nama bukit tersebut. Sir Robinson kemudiannya berkata “I Bought A Mountain”. Lama-kelamaan nama bukit tersebut menjadi Bukit Ibam singkatan dari ungkapan “I Bought A Mountain” tadi. Pada tahun 1964, Sir Robinson mula menerokai perlombongan bijih besi di Bukit Ibam. Beliau telah menjadikan syarikatnya iaitu Rompin Mining Co. sebagai salah satu syarikat pengeluar bijih besi terbesar ketika itu. Ada juga yang mengatakan nama Bukit Ibam diambil sempena nama Tok Batin yang bertemu dengan Sir Robinson, iaitu Ibang. Namun, disebabkan loghat masyarakat setempat yang agak sukar untuk menyebut nama Ibang, akhirnya bertukar menjadi Ibam. Selain itu, ada juga yang mengatakan nama Bukit Ibam merupakan singkatan dari Iron Boxside Aluminium Magnesium.

 

Gambar: Bukit Ibam Dahulu dan Sekarang

Sumber: http://bukitibampahang.blogspot.my/2017/03/history-of-hill-ibam.html