Pantai Bernas adalah salah sebuah Kampung yang berada seberang sungai dari pekan lama Kuala Rompin. Sekiranya anda mahu berkunjung ke sini dari Kuala Lumpur atau Kuantan, selepas sahaja Simpang Muadzam Shah, tidak jauh dari Gerai Udang Galah (Gerai makan yang popular dengan masakan udang galah di Leban Chondong), pelahan-lahan masuk simpang kiri ke Kg Lanjut atau lebih popular dengan Serai @ Lanjut Resort dan terus sahaja hingga ke hujung jalan, iaitu di Kuala Rompn sebelah Pantai Bernas. Kedudukannya yang berada di antara kuala Sungai dan pantai menyebabkan airnya agak keruh dan di penuhi kayu kayan kesan dari musim tengkujuh. Kawasan ini juga berdekatan dengan Kompleks Sukan Air Rompin.
Terdapat beberapa chalet dan penginapan yang menawarkan harga yang berpatutan jika anda ingin bermalam di sini. Bayaran yang dikenakan di bawah RM200 dan tempat yang sesuai untuk beristirehat dengan tenang. Apa yang paling menarik di sini adalah gerai sata dan otak-otak serta kepah yang sangat sedap. Di usahakan oleh Makcik-makcik dan pakcik-pakcik, keenakan otak-otak dan satar disini menjadi sebutan kepada mereka yang pernah merasainya. Masa menunggu sekitar 10 minit di perlukan untuk sata dan otak-otak ini dibuat di tempat dan masa yang sama.
Sekitar bulan Jun, Kuala Rompin akan di penuhi dengan pemancing-pemanjung dari seluruh dunia. Ada pertandingan memancing ikan marlin atau layaran di sini. Sebelum ini Kuala Rompin maskotnya adalah udang galah, tetapi sekarang telah di ganti dengan ikan marlin atau layaran yang bermuncung tajam.
Sumber: http://rompin77.blogspot.com/2011/05/otak-otak-pantai-bernas.html
http://jemuduk.blogspot.com/2010/04/ole-ole-kuala-rompin.html