Keselamatan menjadi titik tolak keharmonian sesebuah komuniti dan perkampungan. Dalam isu keselamatan penduduk Kampung Sepayang, pihak JKKK Kampung Simpang Sepayang memainkan peranan dan tanggungjawab bagi memastikan ketenteraman, keamanan, dan keselamatan kampung tidak tergugat oleh anasir-anasir jahat. Oleh itu, tindakan segera akan diambil oleh pihak JKKK jika terdapat kekecohan atau melapetaka yang berlaku di kampung dengan melaporkan kepada pihak yang berkuasa.

Antara langkah yang dilakukan oleh JKKK bagi memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman kampung terpelihara adalah seperti:

1)    Menubuhkan badan sukarelawan untuk menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman kampung serta mengadakan musyawarah dan penerangan dengan badan-badan sukarela.

2)    Menanamkan semangat dan kesedaran kepada semua lapisan penduduk kampung tentang pentingnya tanggungjawab bersama menjaga keselamatan harta khususnya kemudahan-kemudahan awam seperti:

a.    Masjid dan surau.

b.    Balai raya.

c.    Bangunan kerajaan.

d.    Pondok telefon.

e.    Paip bomba.

f.     Papan-papan tanda dan maklumat di tepi-tepi jalan.  

g.    Pokok perhiasan di tepi jalan, longkang dan parit.

3)    Sentiasa meminta kerjasama daripada penduduk kampung supaya memberikan cadangan serta tindakan bijak dalam membenteras masalah-masalah seperti:

a.    Hal-hal keselamatan kampung.

b.    Gejala-gejala sosial.

c.    Penyalahgunaan najis dadah.

d.    Pendatang tanpa izin.

e.    Ajaran-ajaran sesat dan meragukan.

4)    Aspek keselamatan jika berlakunya bencana alam juga turut dititikberatkan oleh penduduk kampung. Langkah awal perlu diambil jika berlakunya bencana alam untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini dan menjadi lebih buruk.

Oleh yang demikian, aspek keselamatan sangat penting untuk keharmonian dan juga keselesaan penduduk setempat khasnya penduduk Kampung Simpang Sepayang. 

JABATAN KESELAMATAN DAERAH ROMPIN

 

 

1. IBU PEJABAT POLIS DAERAH ROMPIN

Alamat: Polis Diraja Malaysia,

26800 Kuala Rompin, Pahang

No Tel: 09-4145222

No Faxs: 09-4147968


KOORDINAT: 2°47'43"N 103°29'15"E

SUMBER RUJUKAN: http://wikimapia.org/25892535/IPD-ROMPIN

 

2. PONDOK POLIS KUALA PONTIAN

Alamat: Pondok Polis Kuala Pontian,

Polis Diraja Malaysia, 
   26800 Kuala Rompin
Pahang, Malaysia.

No Tel: 09-4141400

Sumber Rujukan: https://www.rmp.gov.my/direktori/direktori-pdrm/pahang/rompin

 

3. BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA ROMPIN

Alamat: JALAN DATO' IBRAHIM, 26800 KUALA ROMPIN, PAHANG
No Tel: 09-4146444
No Faks: 09-4141466
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SUMBER RUJUKAN: http://www.bomba.gov.my/index.php/pages/view/890

 

4. PEJABAT RELA DAERAH ROMPIN

Alamat: PEJABAT DAERAH DAN TANAH, TINGKAT BAWAH, KOMPLEKS KERAJAAN,
BLOK B, 26800 KUALA ROMPIN, PAHANG
No Tel: 09-4145279
No Faks: 09-4142711
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SUMBER RUJUKAN: http://www.rela.gov.my/my/rela-branches/

5. PEJABAT RENJER HUTAN KUALA ROMPIN

Alamat: KAMPUNG TASIK, 26800 KUALA ROMPIN, PAHANG