Berhati-hati dengan whatsapp mengenai Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah.

Scammer akan berikan pautan (link) yang seterusnya akan bawa mangsa ke laman web palsu (phishing).
Laman web ini adalah untuk mendapatkan butiran mangsa seperti nama dan no. telefon. Mangsa kemudian diminta untuk mengisi nombor kod keselamatan Telegram yang diterima. Selepas mangsa memasukkan nombor keselamatan, scammer boleh mengambil alih akaun Telegram mangsa dan akan digunakan untuk menyamar sebagai mangsa bagi tujuan jenayah. Scammer akan menyamar sebagai anda dan meminta untuk pinjam wang pada kenalan anda. Atau scammer juga boleh menghantar aplikasi malware untuk kenalan anda download dan install pada telefon bimbit mereka. Maka bilangan mangsa akan terus berkembang dengan banyaknya. Oleh itu, jangan serh kata laluan, OTP dan nombor keselamatan bank atau akaun media sosial anda kepada mana-mana pihak. Rujuk ahli keluarga atau kenalan sebelum memberikan sebarang butiran peribadi anda.

Sumber: https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP

Tips elak jadi mangsa penggodam kecurian identiti. Jangan gunakan no. kad pengenalan, no telefon, no. kenderaan, tarikh hari lahir atau kata laluan mudah sebagai no. pin / password akaun anda

sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=724537813194404&set=a.163882765926581