BAHAYA MUAT TURUN APLIKASI (APK FILE) TIDAK SAH!

Apakah itu APK file?
- Android Package Kit (APK) merupakan format file untuk aplikasi-aplikasi Android.

Apa itu aplikasi tidak sah?
- Aplikasi (apps) telefon bimbit yang dimuat turun melalui sumber yang tidak dikenalpasti atau tidak sah.

Apakah kesan muat turun aplikasi tidak sah?
- Source / pemilik aplikasi tersebut tidak disahkan dan aplikasi berkemungkinan mengandungi malware / virus yang boleh menyebabkan kehilangan data / maklumat penting di telefon bimbit dicuri.

Modus operandi jenayah komersil terkini :-

1. Mangsa melihat iklan penjualan barang melalui media sosial.
2. Mangsa berhubung dengan penjual (suspek) melalui whatsapp ('PM' tepi).
3. Suspek memberikan APK file kepada mangsa untuk dimuat turun dan 'install' pada telefon bimbit mangsa untuk membuat pembelian.
4. Mangsa akan mendaftarkan akaun dengan memasukkan maklumat seperti nama penuh, nombor telefon dan alamat emel.
5. Mangsa seterusnya membuat bayaran dengan menekan butang checkout.
6. Mangsa memasukkan butiran perbankan seperti (ID, password atau maklumat kad kredit) tanpa mangsa sedari bahawa website perbankan tersebut adalah palsu.
7. Paparan 'page error' akan terpapar.
8. Mangsa tidak menyedari bahawa suspek sebenarnya telah memindahkan wang dari akaun bank mangsa ke akaun lain dengan menggunakan maklumat yang diperoleh melalui aplikasi tidak sah tersebut.

Suspek berjaya akses SMS yang diterima oleh mangsa dan membolehkan suspek memperolah maklumat OTP/ TAC perbankan internet mangsa.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=255093393472184&set=pb.100069145752027.-2207520000..

Sentiasa berhat-hati dan jangan kongsi maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali.

Kanak-kanak mungkin terdedah dengan kandungan yang tidak sesuai. Sentiasa pantau aktiviti mereka untuk mengelakkan risiko dalam talian kanak-kanak.

Kanak-kanak cenderung untuk berkenalan, berinteraksi dan berkongsi apa sahaja maklumat mengenai mereka dengan individu yang dikenali dalam talian. Ini mengundang bahaya kepada keluarga dan juga diri sendiri.

Pesan kepada anak-anak untuk melaporkan perkara yang membuatkan mereka merasa tidak selesa atau tidak selamat kepada ibu bapa atau orang dewasa yang boleh dipercayai.

Sumber: https://www.facebook.com/klikdenganbijak

Kenal pasti ciri-ciri akaun palsu agar tidak terpedaya dengan ancaman siber.

Waspada dengan akaun palsu di media sosial yang mungkin sengaja diwujudkan untuk tujuan penipuan dan hasutan.

Sentiasa berhati-hati dengan akaun palsu terutama ketika menambah kenalan baru di media sosial.

Sumber: https://www.facebook.com/klikdenganbijak

  
 
 
Jangan sebarkan kandungan berbaur hasutan demi keharmonian sesama kaum dan menyentuh isu sensitiviti 3R.
R- Religion
R- Race
R- Royalty
Hubungi talian 016-2206262 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. jika anda ingin melaporkan sebarang insiden dan kandungan di media sosial yang berunsur 3R kepada kami.