HATI HATI APABILA MELAKUKAN TRANSAKSI PERBANKAN DALAM TALIAN
Patuhi amalan terbaik dan garis panduan yang kami kongsikan.
Sumber: https://www.facebook.com/CyberSecurityMalaysia/photos/a.10156389111504040/10160787841399040
JANGAN JADI MANGSA SCAM!
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Tribunal MCMC.
Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, laporkan segera kepada pihak polis atau rujuk kepada Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997.
Mari bersama banteras scam!
Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=557975533034700&set=a.357383126427276
𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫
Jagalah keselamatan anda semasa musim banjir, ikuti 9 langkah keselamatan seperti:
Elakkan dari bermain atau meredah air banjir.
Pakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir.
Segera bersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih.
Cuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.
Jangan guna air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan.
Sentiasa guna air bersih atau air berbotol untuk minum, cuci makanan, peralatan dan diri.
Sentiasa bersihkan pusat pemindahan supaya tidak dihurungi lalat dan tikus.
Pakai pelindung diri semasa mencuci rumah dan persekitaran selepas banjir.
Dapatkan rawatan segera sekiranya demam dalam tempoh 30 hari selepas kerja pembersihan.
Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=582796290550991&set=a.225111756319448