BELAJAR KELAS ICT

Nama : NUR ZULAIKHA SALIMI BINTI MOHAMAD ZULLKHIBRI
Umur : 11 TAHUN
Ahli : 12 JUN 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q4 2024 kali ini kami memilih adik Nur Zulaikha Salimi binti Moahamd Zullkhibri. Anak keempat daripada lima orang adik beradik ini merupakan pelajar di sekolah kebangsaan Pontian Rompin Pahang. Bapa beliau bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu beliau adalah suri rumah. Adik Zulaikha merupakan seorang kakak dan adik yang prihatin dan matang. Semangat belajar sesuatu yang baharu merupakan satu sikap yang diperolehi oleh beliau sejak dari kecil lagi. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan program anjuran Nadi, Adik Zulaikha hanya datang mengikut abang abangnya untuk beliau melihat youtube di komputer. Lama kelamaan beliau semakin pandai dan hanya datang seorang sahaja untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Bermula dengan Adik Zulaikha datang untuk menggunakan komputer, beliau kemudiannya sering terlibat dengan program anjuran dari NADI. Bermula dengan Kelas Pengenalan Komputer dan seterusnya kelas asas komputer dan kelas microsoft office, beliau terus mengikuti semua program yang dianjurkan dari NADI untuk program pelajar sekolah. Bukan itu sahaja beliau juga menggunakan kemahiran yang beliau ada dan kemudahan yang didapati di Nadi untuk mencari bahan bahan belajar untuk dijadakan bahan ulang kaji beliau.