Nama Program: Kejohanan Futsal Padang Tertutup Sepayang 2017 & Persahabatan Bola Jaring

Tarikh: 8 Oktober 2017 (Ahad)

Tempat: Padang Bola RPB Kg Simpang Sepayang

Anjuran: Kelab Belia Bersatu Sepayang

Tujuan: Kelab Belia Bersatu Kg Simpang Sepayang telah menjalankan program Kejohanan Futsal Padang Tertutup Sepayang 2017 & Persahabatan Bola Jaring pada tarikh seperti di atas. Program yang diadakan ini adalah untuk memupuk semangat bersukan dalam kalangan belia dan beliawati dan juga dapat merapatkan jurang antara pemain. Selain itu, program ini juga diharap mampu memberikan aktiviti yang berfaedah kepada semua.

   

Tarikh: 23 September 2017 (Sabtu)

Tempat: PAKK Kg Simpang Sepayang

Anjuran bersama: Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kg Simpang Sepayang, Kelab Belia Bersatu Sepayang, JKKK Kg Simpang Sepayang, JASA Rompin & PI1M Kg Simpang Sepayang

Tujuan: Kelab Belia Bersatu Kg Simpang Sepayang telah menjalankan program Agihan Bubur Asyura sempena sambutan Maal Hijrah 1439Hijrah yang mana program ini dapat merapatkan jurang antara golongan dewasa dan belia. Selain itu, program ini juga diharap mampu memberikan aktiviti yang berfaedah kepada semua golongan.

  

Golongan belia juga merupakan aset penting dalam menggerakkan dan memajukan sesebuah kampung. Begitu juga dengan Kampung Simpang Sepayang. Perpaduan dan gabungan belia-belia kampung seringkali menjalankan aktiviti seperti pertandingan bola persahabatan antara kampung, konvoi motor dan kereta pada hari perayaan serta pertandingan-pertandingan lain.

Dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh golongan belia, nama kampung dapat dinaikkan, di samping memperkenalkan Kampung Simpang Sepayang ke serata pelusuk terutamanya jika aktiviti-aktiviti itu mencoretkan kegemilangan dan kebanggaan kampung Simpang Sepayang .

 

En. Mohamad Zulkhibri bin Ahmad merupakan Pengerusi Kelab Belia Bersatu Sepayang (KBBS) yang mana beliau akan membantu para belia di Kampung Simpang Sepayang untuk menjalankan pelbagai aktiviti belia seperti:

  • Mengadakan Pasukan Bola Sepak
  • Mengadakan Pasukan Bola Jaring
  • Mengadakan Pasukan Badminton
  • Mengadakan Ceramah-ceramah keselamatan
  • Menyertai kerja-kerja gotong royong membersih kampung
  • Menganjurkan perlawanan bola sepak dengan lain-lain kampung
  • Mengadakan perlawanan bola jaring diantara kampung terdekat dan institusi sekolah
  • Menganjurkan perlawanan Badminton antara Belia Kampung
  • Menyertai pertandingan Musabaqah al-Quran Mukim dan Daerah
  • Hari Sukan Negara Peringkat Kampung

 

Antara aktiviti-aktiviti yang pernah diambil bahagian oleh belia-belia dan mendapat penghargaan adalah seperti Naib Johan Persahabatan Bola Sepak antara kampung-kampung di Daerah Rompin, konvoi motor sempena hari merdeka dan lain-lain lagi. Setiap tahun acara Pertandinagn bola sepak adalah acara yang wajib di mana pertandingan yang diadakan adalah pertandingan persahabatan antara kampung-kampung sekitar dengan Kampung Simpang Sepayang.

Demi memakmur dan memajukan kampung, pelbagai usaha terus dijalankan oleh ketua belia demi menjadikan belia sebagai harapan bangsa.

 

ANTARA AKTIVITI BELIA YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN

Aktiviti Sukan Sawah dan Gotong Royong Kg Simpang Sepayang 20 Mei 2017

 

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Belia Bersatu Sepayang Tahun 2016
20 November 2016
Balairaya Kg Simpang Sepayang

Persatuan Silat Belia

 

Kelab Kesenian Belia

Hari Sukan Negara Peringkat JKKK 2015 (Sebahagian Wakil Belia)

 

Program Jalinan Kasih 7 Mei 2016

- Futsal Padang

- Kursus Pendek Komputer Adobe Photoshop

 

Sumber Maklumat: Maklumat asas JKKK Sepayang 1998