Nama Program: Program Sukan Sekampung Kg Simpang Sepayang

Tarikh: 10 November 2019 (Ahad)

Masa: 7.30 Pagi - 6.30 Petang

Tempat: Padang Bola Sepak Kg Simpang Sepayang

Anjuran: MPKK Kg Simpang Sepayang (Biro Belia & Sukan Kg Simpang Sepayang)

Tujuan/Aktiviti: Program Sukan Sekampung Kg Simpang Sepayang telah diadakan pada 10 November 2019 (Ahad) yang dianjukan oleh MPKK Kg Simpang Sepayang di bawah (Biro Belia & Sukan Kg Simpang Sepayang). Pelbagai acara sukan yang menarik telah diadakan di samping gerai jualan. Tujuan diadakan program ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara penduduk disamping menjalankan aktiviti sukan yang boleh menyihatkan tubuh badan semua peringkat umur. Hadiah menarik diberikan kepada pemenang dan juga cabutan bertuah turut diadakan. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Pontian.

   

 

Nama Program: Mesyuarat AJK Kelab Belia Bersatu Sepayang mengenai Hari Sukan Sekampung

Tarikh: 6 Oktober 2019 (Ahad)

Masa: 3.00 - 5.30 Petang

Tempat: PI Kg Simpang Sepayang

Anjuran: Kelab Belia Bersatu Sepayang

Tujuan: Membincangkan pengurusan dan aturcara program Hari Sukan Sekampung

  

 

Nama Program: Program Santai Anak Muda Sepayang

Tarikh: 31 Mac 2018 (Sabtu)

Masa: 7.00 Pagi - 12.00 T/Hari & 9.00 Malam - 12.00 Malam

Tempat: Tali Air Sawah Padi Paya Sepayang & Balai Raya Kg Simpang Sepayang

Anjuran: Kelab Belia Bersatu Sepayang

Tujuan: Program Santai Anak Muda Sepayang merupakan salah satu program di bawah anjuran Kelab Belia Bersatu Sepayang (KBBS) yang mana ianya adalah program untuk komuniti terutamanya golongan belia. Bermula dengan program sebelah pagi iaitu memancing di sawah padi paya sepayang dan kemudian pada sebelah malamnya aktiviti santai dan jamuan makan malam di balai raya kg simpang sepayang. Pelbagai acara turut diajalankan pada sebelah malamnya seperti penyampaian hadiah untuk peserta memancing, jamuan makan bbq, pertandingan karaoke & cabutan bertuah.

  

Nama Program: Mesyuarat AJK Kelab Belia Bersatu Sepayang

Tarikh: 13 April 2018 (Jumaat)

Masa: 4.30 - 5.30 Petang

Tempat: PI1M Kg Simpang Sepayang

Anjuran: Kelab Belia Bersatu Sepayang

Tujuan: Membincangkan pengurusan dan aturcara program Majlis Kesyukuran Tuai Padi di Wakaf Sawah Padi Paya Sepayang

Nama Program: Mesyuarat Program Memancing Tertutup Kampung Sepayang

Tarikh: 8 Februari 2018 (Khamis)

Masa: 3.30 Petang

Tempat: Balai Raya Kg Simpang Sepayang

Anjuran: Kelab Belia Bersatu Sepayang

Tujuan: Membincangkan pengurusan dan aturcara program Memancing Tertutup Kampung Sepayang