BELAJAR KELAS ICT

Nama  : NUR KAYYISA BINTI SHAHARI
Umur  : 5 TAHUN
Ahli  : 6 JANUARI 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q4 2022 kali ini kami memilih Adik Nur kayyisa binti Shahari atau lebih dikenali dengan adik kayyisa. Adik Kayyisa merupakan adik bungsu dari 5 orang adik beradik. Adik Kayyisa berumur 5 tahun dan kini bersekolah di PRA sekolah Kebangsaan Pontian. Adik Kayyisa merupakan anak jati daerah rompin kerana dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Rompin, Pahang. Bapa beliau bekerja sebagai tukang kampung yang menerima kerja-kerja pembaikan dan pembinaan rumah di sekitar kampung Simapang Sepayang manakala ibu beliau merupakan suri rumah tangga sepenuhnya. Adik Kayyisa mempunya hobi melukis dan mewarna dan suka bergaya dan bergambar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran PEDi, Adik kayyisa tidak pandai menggunakan komputer malah tidah pernah bermain dengan komputer. Namun Adik Kayyisa sering datang ke PEDi bersama ibu beliau kerana ibu beliau sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktivi yang dianjurkan di PEDi simpang Sepayang. Dia juga sering menumpang kakanya yang berumur 8 tahun menggunakan komputer dengan melayari youtube di PEDi. Dari situ dia mula menjinakkan diri menggunakan komputer di PEDi. Namun kerana sifat pemalunya menjadikan dia tidak yakin dan sering bergantung dengan kakaknya. Oleh itu dia hanya menumpang kakaknya menonton youtube dan hanya melihat penglibatan kakaknya dengan aktiviti-aktiviti di PEDi. Ini menjadikan pergaulan dan penglibatan beliau dengan aktiviti di PED agak terbatas kerana sikap pemalunya itu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun, semenjak sering mengikuti kakaknya mengikuti program yang dianjurkan di PEDi sedikit sebanyak menarik minat serta memberikan keyakinan kepada beliau untuk mencuba dan memberanikan diri menggunkan komputer. Dimulakan dengan penglibatan kelas asas komputer anjuran TADIKA Kemas, di situ beliau mula belajar bermain permainan pelajaran bagi memahirkan beliau menggerakan tetikus dan menaip perkataan menggunakan papan kekunci. Seterusnya beliau mendaftarkan diri sebagai ahli di PEDi pada awal tahun 2022 dan mengikiti kelas tuisyen Online. Subjek yang sering diikuti adalah subjek kemahiran membaca dan kelas mengenal huruf. Sejak mengikuti kelas di PEDi dan tuisyen Online banyak perubahan yang positif diberikan oleh adik Kayyisa. Kini dia mula yakin dan berani tampil bergaul dengan pengguna-pengguna PEDi yang lain, disamping sudah semakin mahir menggunakan komputer terutamanya menggerakkan tetikus dan menaip untuk mencari cerita di youtube. Adik Kayysia juga sering menggunakan komputer di PEDi dengan membuka aplikasi permainan pelajaran online dan Offline bagi memantapkan lagi kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Melalui penglibatan kelas Tuisyen Online pula kini adik Kayyisa sudah mengenal huruf dan semakin mahir membaca serta mengeja. Banyak perkembangan positive yang diberikan oleh adik Kayyisa selebat melibatkan diri dengan perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan di PEDi Simpang Sepayang.

BELAJAR KELAS ICT

Nama  : MUHAMMAD IZZAN HAIKAL BIN RAHANI
Umur  : 8 TAHUN
Ahli  : 3 JULAI 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q2 2022 kali ini kami memilih Adik Muhammad Izzan Haikal bin Rahani no my kid 140107-01-0589. Adik Muhammad izzan atau mesra dengan panggilan Izzan merupakan anak bongsu dari 4 orang adik beradik tinggal di perumahan PPRT desa permai Pontian , Rompin Pahang.Adik Izzan kini berumur tahun dan sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pontian. Seorang anak yang rajin dan hormat kepada orang tua serta mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana kerana ibu dan bapa beliau hanya bekerja kampung. Adik Izzan merupakan anak yang menjadi harapan kedua ibu bapanya. Adik Izzan mempunyai citacita yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke Menara gading nanti menjadikan sebab utama kenapa beliau bersemangat tinggi untuk belajar .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program PEDi, Adik Izzan tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawankawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar. Keingginan beliau untuk mempelajari ilmu ICT ada tapi ketika itu beliau mempunyai masalah tidak yakin dengan diri sendiri dan agak pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan pergaulan dan penglibatan beliau dengan aktiviti luar agak terbatas walaupun sudah beberapa kali ibu beliau cuba untuk mendaftarkan beliau di program-program anjuran PEDi Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Penglibatan pertama beliau dengan PEDi ialah beliau menyertai kelas Tuisyen Online anjuran PEDi. Selepas itu , beliau memanfaatkan keahlian PEDi yang diperolehi dengan menyertai semua program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Simpang Sepayang. Pada musim cuti sekolah beliau mengikuti bengkel Cuti sekolah dengan mempelajari modul asas komputer, Asas Internet dan Ms Office seperti word, excel dan Power Point.Di situ bermulalah kemahiran dan minat yang diperolehi oleh beliau dalam bidang ICT. Melalui kelas yang telah dipelajari sedikit sebanyak Adik Izzan telah mahir menggunakan komputer dan mahir mencari bahan pelajaran di internet. Ini memudahkan beliau mencari bahan pelajaran dan latih tubi mata pelajaran di sekolah dengan mencari bahan tersebut di internet. Dengan kelas Tuisyen Online yang disediakan juga membantu Adik Izzan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dlam matapelajaran sekolah beliau seperti mata pelajaran atematik dan Bahasa Inggeri. Pencapaian terbaik adik Izzan adalah selepas menyertai kelas Tuisyen Online, keputusan peperiksaan adik Izzan telah meningkat ke kategori cemerlang.Ini merupakan satu peningkatan positive yang diperolehi adik Izzan dan menjadi kebanggan kedua Orang tuanya

 

 

Nama  : PN. NURUL SUHANA ELDA BINTI MOHD NASIR
Umur  : 33 TAHUN
Ahli  : 17 JULAI 2022

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada kali ini kami memilih salah seorang Ahli PEDi Kg Simpang Sepayang. Puan Nurul Suhana Elda binti Mohd Nasir atau lebih dikenali dengan panggilan suhana. Pn. Suhana merupakan salah seorang ahli bagi PEDi Kg Simpang Sepayang dan juga seorang usahawan dalam bidang jahitan dan cakes. Beliau mempunyai sebuah kedai di Kg Parit Raja Pontian. Pn. suhana telah mengikuti kelas keusahawanan shopee yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Suhana membuka perniagaan di Kg Parit Raja Pontian dan beliau membuka perniagaan dalam bidang jahitan dan sedia menerima Tempahan Baju Kaporat,Unifom,Kemeja Batik Dan Pelbagai Jenis Fesyen Wanita,Lelaki Dan Kanak, Bouquet dan Kek. Beliau hanya menjual secara offline dan hanya sedikit platform online yang digunakan seperti whatApps group, facebook group dan lain-lain tetapi tidak menyeluruh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puana Suhana telah datang ke PEDi Kg Simpang Sepayang untuk mengikuti kelas dan bengkel Usahawan Shopee anjuran PEDi Kg Simpang Sepayang. Di dlaam kelas dan bengkel usaahawan tersebut beliau telah belajar cara-cara untuk mendaftar akaun shopee, menetapkan pelbagai tetapan yang diperlukan, tips untuk memperkenalkan produk di page hadapan, memuat naik produk serta banyak lagi. Beliau juga telah berlajar cara untuk menyunting imej produk agar kelihatan lebih menarik serta mencipta ayat-ayat menarik bagi memancing pembeli untuk membeli produk beliau di dalam platform Shopee beliau. Jika dahulu jualan beliau hanya tertumpu kepada skala kecil iaitu di sekitar penempatan beliau, dengan adanya platform shopee beliau telah memasarkan produk beliau di serata Malaysia termasuklah sabah dan Sarawak. Selain itu dengan penglibatan  beliau di PEDi sedikit sebanyak dapat membantu beliau mendapatkan info-info tentang peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu usahawan usahawan tempatan dari segi suntikan dana, pinjaman khas, serta bengkel untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya serta lebih sistematik di masa hadapan.

  

Nama  : PN. ZAIDAH BINTI LOMAK
Umur  : 40 TAHUN
Ahli  : 17 JULAI 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada kali ini kami memilih salah seorang Ahli PEDi Kg Simpang Sepayang. Puan Zaidah binti Lomak atau lebih dikenali dengan panggilan Pn. Zai. Pn. Zai merupakan salah seorang ahli bagi PEDi Kg Simpang Sepayang dan juga seorang usahawan dalam membuat, membaiki dan menjual perabot seperti sofa dan katil. Pn. Zai telah mengikuti kelas keusahawanan shopee yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Zai membuka perniagaan di Kg Sepayang dan beliau membuka perniagaan dalam bidang jahitan dan sedia menerima membuat, membaiki dan menjual perabot seperti sofa dan katil. Beliau hanya menjual secara offline dan hanya sedikit platform online yang digunakan seperti whatApps group, facebook group dan lain-lain tetapi tidak menyeluruh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Zai telah datang ke PEDi Kg Simpang Sepayang untuk mengikuti kelas dan bengkel Usahawan Shopee anjuran PEDi Kg Simpang Sepayang. Di dlaam kelas dan bengkel usaahawan tersebut beliau telah belajar cara-cara untuk mendaftar akaun shopee, menetapkan pelbagai tetapan yang diperlukan, tips untuk memperkenalkan produk di page hadapan, memuat naik produk serta banyak lagi. Beliau juga telah berlajar cara untuk menyunting imej produk agar kelihatan lebih menarik serta mencipta ayat-ayat menarik bagi memancing pembeli untuk membeli produk beliau di dalam platform Shopee beliau. Jika dahulu jualan beliau hanya tertumpu kepada skala kecil iaitu di sekitar penempatan beliau, dengan adanya platform shopee beliau boleh memasarkan produk beliau di serata Malaysia termasuklah sabah dan Sarawak. Selain itu dengan penglibatan  beliau di PEDi sedikit sebanyak dapat membantu beliau mendapatkan info-info tentang peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu usahawan usahawan tempatan dari segi suntikan dana, pinjaman khas, serta bengkel untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya serta lebih sistematik di masa hadapan.

 

Nama  : PN. ASNI BINTI RIDUAN
Umur  : 35 TAHUN
Ahli  : 4 JUN 2017

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 pada tahun 2022 kali ini kami memilih salah seorang Ahli PEDi Kg Simpang Sepayang yang mana beliau merupakan anakjati Kg Simpang Sepayang. Asni bt Riduan atau lebih dikenali dengan panggilan Puan Asni. Puan Asni telah pun mendirikan rumah tangga dengan anak tempatan kg simpang sepayang dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki 4 orang. Merupakan suri rumah namun di masa kelapangan, belia menerima tempahan katering untuk majlis-majlis kecil. Taraf pendidikan tertinggi beliau di peringkat SPM di sekolah menengah kebangsaan Rompin. Pernah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di kuala Lumpur namun, pulang ke kampung halaman kerana ingin menjaga ibu beliau yang sedang sakit Hobi beliau memasak menjadi pendorong kepada beliau untuk mula menceburi bidang perniagaan atas talian dengan menghasilkan produk home made. Antara produk yang dihasilkan oleh beliau adalah pelbagai jenis kuih tradisional dan produk serunding.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Asni sering berkunjung ke PEDi dan menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti perkhidmatan Pembayaran bil, Photostat dan print. ketika itu beliau ada menjual produk secara offline iaitu tertumpu kepada kenalan rapat beliau. Beliau juga menjual produk beliau kepada rakan media sosial melalui platform Facebook. Sebelum penglibatan penuh ngah PEDi beliau telah meminta pihak PEDi membantu beliau membuat pemindahan wang secara atas talian. Dari situ PEDi mula mengenal pasti yang beliau mempunyai produk sendiri yang perlu dibantu untuk diketengahkan penjualannya. Oleh itu PEDi telah melantik beliau sebagai Ahli Sukarelawan PEDi untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan beliau sekali gus menarik minat beliau mengikuti kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh pihak PEDi. Sejak dari itu beliau tidak pernah melepaskan peluang mengikuti program dan bengkel yang telah dianjurkan oleh PEDi termasuklah pertandingan usahawan online PEDi. Di dalam Pertandingan tersebut beliau
mula belajar cara-cara menjual produk di dalam Platform Shopee.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Walaupun beliau tidak mendapat tempat dalam pertandingan usahawan online yang dianjurkan oleh pihak PEDi , namun beliau telah berjaya membuat jualan melalui platform shopee. Ini kerana sepanjang kelas yang beliau telah sertai, beliau telah belajar cara-cara untuk mendaftar akaun shopee, menetapkan pelbagai tetapan yang diperlukan, tips untuk memperkenalkan produk di page hadapan, memuat naik produk serta banyak lagi. Beliau juga telah berlajar cara untuk menyuting imej produk agar kelihatan lebih menarik serta mencipta ayat-ayat menarik bagi memancing pembeli
membeli produk beliau. Secara tidak langsung bengkel-bengkel yang beliau sertai tersebut telah membantu beliau membuat jualan secara atas talian melalui Platform Shopee. Jika dahulu jualan beliau hanya tertumpu kepada skala kecil iaitu di sekitar penempatan beliau, dengan adanya platform shopee beliau telah memasarkan produk beliau di serata Malaysia termasuklah sabah dan Sarawak. Selain itu dengan penglibatan  beliau di PEDi, beliau membantu beliau mendapatkan info-info tentang peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu usahawa-usahawan tempatan dari segi suntikan dana, pinjaman khas, serta bengkel untuk menjadi usahawan yang berjaya serta lebih sistematik.