BELAJAR KELAS ICT  

Nama : CIK NOR ASYIFFA BINTI HASHIM
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet yang baru mendaftar menjadi ahli Pusat Internet untuk mengikuti kursus komputer di PI Kg Simpang. Nor Asyiffa Binti Hashim telah mengikuti kelas asas pengenalan komputer dan Dekstop Publishing Ms Office 2017 dan telah pun layak memperolehi sijil pernyertaan. Bekerja di salah sebuah syarikat jualan kereta di daerah rompin sebagai seorang kerani. Taraf pendiddikan tertinggi beliau ada diploma Elektrikal Kolej Vokasional.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan/penglibatan Syiffa, beliau telah familiar dengan penggunaan komputer kerana pekerjaan beliau sebagai seorang kerani banyak menggunakan komputer .Menurut beliau, beliau hanya tahu asas  menaip menggunakan Ms Office word. Namun beliau akui banyak fungsi fungsi yang terdapat di dalam ms office yang beliau tidak tahu. Ini mendorong kepada beliau untuk mengikuti kursus yang di tawarkan di Pusat Internet Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Oleh itu beliau telah mengambil keputusan untuk berhubung dengan salah seorang petugas Pusat Internet untuk mendaftarkan diri sebagai ahli sekaligus menyertai kelas Komputer yang ditawarkan di Pusat Internet tersebut. Selepas penglibatan Syiffa dalam Kelas asas Microsoft Office iaitu MS Office word, excel dan power point di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang, beliau akui banyak fungsi yang sebelum ini beliau tidak tahu dan kini boleh mengaplikasikan kemahiran yang diajar untuk melancarkan kereja-kerja merekod dan menaip di tempat kerja beliau. Dan beliau bercadang untuk mengikuti kursus-kursus lain seperti Adobe Photoshop dan bengkel keusahawanan sekiranya di beri peluang bagi memantapkan lagi penggunaan komputer di masa akan datang.

  

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q2 2019, Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang telah memilih salah seorang Ahli Pusat Internet iaitu Nor Adilah Binti Zainal atau lebih dikenali sebagai Diela. Beliau merupakan seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sebelum bekecimpung dalam bidang perniagaan beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Sejak awal tahun 2019 beliau mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan sehingga kini alhamdulillah beliau masih meneruskan perniagan beliau. Beliau mula berniaga dengan membuka sebuah kedai serbaneka RM2 yang terletak di Sepakat, Rompin Pahang Perniagaan tersebut merupakan perniagaan milikan tunggal beliau dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah menjual pelbagai perlatan dan keperluan harian dengan harga hanya rm2 seunit selain itu beliau juga membantu komuniti setempat yang mempunyai produk sendiri dengan menerima hantaran produk untuk diletakkan di kedai beliau untuk dijual dengan harga rm2. Sejak beliau mendaftarkan diri di pusat internet Simpang sepayang, selain menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Pusat internet, beliau juga tidak melepaskan peluang melibatkan diri dengan bengkel yang dianjurkan oleh pihak PI. Khursus terbaru yang beliau telah ikuti ialah Bengkel keusahawanan iaitu e-Rezeki. Ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya untuk beliau mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat internet, beliau hanya pandai bahagian asas ms office yang beliau pelajari zaman belajar dahulu. Sejak berkahwin beliau tidak lagi mempraktikkan kemahiran ms office sehingga menyebabkan banyak fungsi-fungsi dan kegunaan dalam ms office yang beliau sudah lupa. Selain itu juga sebelum ini beliau hanya menggunakan internet untuk malayari laman social dan berkomunikasi dengan kenalan. Namun semenjak mula menceburi bidang perniagan kemahiran asas komputer dan internet beliau perlu digilap semula untuk kegunaan perniagaan beliau menyebabkan beliau mula melibatkan diri dengan program-program anjuran Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Semenjak menglibatkan diri dengan bengkel anjuran pusat internet kini beliau mula mahir menggunakan ms Office terutamanya ms office word, dan ms office excel yang mana ilmu tersebut digunakan untuk memudahkan kerja promosi dan rekod jual beli perniagaan beliau.Selain itu beliau menjadikan platform e-rezeki sebagai sumber menjana pendapatan sampingan dan memperolehi idea-idea untuk meningkatkan perniagaan beliau. Beliau juga mula mecipta FB page untuk perniagaan beliau bagi memuat naik promosi kedai beliau dan mengemaskini barang-barang baru yang dijual di kedai beliau. Dan kini beliau semakin mahir menggunakan platform FB dan whatsapp sebagai media promosi beliau di atas talian.

  

 

BELAJAR KELAS ICT  

Nama : ABU BAKAR BIN SAID ALI
Umur : 71 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q2 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI Kg Simpang. Pak Cik Abu Bakar telah mengikuti kelas Adobe Photoshop dan Dashboard Komuniti serta Taklimat Klik dengan Bijak. Selain itu, Pak Cik Abu Bakar juga sering menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan/penglibatan Pak Cik Abu Bakar, beliau hanya datang ke Pusat Internet untuk melayari internet dan membuat kerja kerja kontraktor beliau.Oleh yang demikian, kami mengajak Pak Cik Abu Bakar untuk sama sama mengikuti bengkel Adobe Photoshop di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang disamping taklimat Dashboard Komuniti dan Klik Dengan Bijak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan Pak Cik Abu Bakar dalam Bengkel Adobe Photoshop di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang, beliau telah sedikit sebanyak pandai untuk mengedit gambar dan membuat logo syarikat beliau. Bengkel Adobe Photshop ini akan diajalankan secara berterusan kerana banyak perkara dapat dipelajari dari menu-menu yang ada. Beliau juga semakin celik it selepas terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet.

  

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q2 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu En. Abu Bakar bin Said Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Pakcik Abu. Beliau merupakan seorang kontraktor berdaftar yang menjadikan satu ruang rumah beliau sebagai pejabat untuk urusan kerja di Perumahan Nelayan Sungai Puteri. Mula berjinak dalam bidang kontraktor sejak awal 90an dengan memasuki tender-tender projek dan menerima kerja-kerja binaan..Sebelum berpindah ke Kuala Rompin, beliau banyak menjalankan projek-projek pembinaan di tekek. Di situlah bermula nya beliau mendaftarkan diri dengan pusat internet dan menggunakan kemudahan yang disedikan di pusat internet iaitu pada tahun 2015. Namun setelah berpindah ke Kuala Rompin iaitu pada tahun 2018 beliau mendapat info pusat internet berhampiran dengan kediaman beliau daripada petugas PI Tekek. Awalnya beliau hanya bercadang untuk menggunakan perkhidmatan pusat Internet Simpang Sepayang untuk melayari internet namun secara kebetulan petugas PI mengajak beliau menyertai bengkel Photoshop. Beliau amat tertarik dengan bengkel yang dianjurkan kerana bengkel tersebut sedikit sebanyak membantu kerja beliau iaitu dalam bidang kontraktor sekaligus dapat menambah ilmu dalam bidang komputer

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan Pakcik Abu dengan pusat internet, beliau hanya mempunyai asas tentang penggunaan internet dan kurang mahir menggunakannya terutamanya dalam bidang menghasilkan kertas kerja projek. Sebelum mengetahui cara pendaftaran secara atas talian, beliau perlu ke Kuantan untuk mendaftar lesen di bawah CIDB. Selain itu untuk projek-projek pembinaan beliau memerlukan beliau mengambil gambar untuk setiap peringkat proses pembinaan dan gambar yang dihasilkan tidak jelas dan menarik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun selepas penglibatan program anjuran pusat internet beliau mempelajari ilmu baru yang sedikit sebanyak membantu perniagaan beliau. Sepanjang bengkel yang diikuti beliau telah belajar cara-cara menyunting gambar menggunakan Adobe Photoshop bagi menghasilkan gambar projek yang lebih menarik. Selain itu, beliau juga telah diberi bimbingan menggunakan sistem CIDB untuk lesen projek-projek beliau. Jika sebelum ini beliau perlu ke Kuantan membuat pendaftran lesen untuk projek namun kini beliau hanya perlu mengemas kemaskini dan membuat permohonan hanya melalui atas talian sahaja. Ini memudahkan lagi kerja beliau serta menjimatkan masa dan kos Beliau juga mendapat info-info mengenai tender projek yang dibuka dengan lebih cepat dan meluas melalui carian di internet. Dan kini sekiranya ada permasalahan dan pertanyaan mengenai komputer beliau sering merujuk kepada petugas PI.

  

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q1 2019, Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang telah memilih salah seorang Ahli Pusat Internet iaitu Puan Robiah binti Songsang atau lebih dikenali sebagai Kak Ruby. Beliau merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan yang diberi nama sebagai Warung Ruby LC yang terletak di Kg Leban Chondong. Selain perniagaan di warung beliau juga menjalankan perkhidmatan katering kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menempah perkhidmatan katering dari beliau. Terdapat pelbagai jenis masakan yang beliau tawarkan samada untuk pelbagai majlis antaranya jamuan ringan, jamuan hari raya, majlis sambutan hari lahir dan pelbagai lagi mengikut citarasa pengguna dan masakan yang utama adalah Udang Galah kerana warung beliau berada di Kg Leban Chondong. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet antaranya ialah kelas Asas ICT, kelas asas keusahawanan, dashboard komuniti dan lain-lain. Ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya untuk beliau mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan Kak Ruby dengan Pusat internet, beliau hanya pandai bahagian asas sahaja mengenai ICT. Kak Ruby juga seorang yang aktif dalam pelbagai persatuan antaranya Empower ECER dan Usahanita Kg Leban Chondong. Kak Ruby menitikberatkan pengetahuan dalam bidang ICT kerana beliau ingin tahu dan pandai dalam menggunakan aplikasi yang ada sebagai bekalan untuk memudahkan beliau melakukan pelbagai kerja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan Kak Ruby dengan pusat internet, banyak yang beliau telah pelajari bersama pusat internet daripada kelas asas yang dikendalikan di Perpustakaan Desa Kg Leban Chondong dan Pusat Internet Kg Simpang Sepayang sehingga ke kelas keusahawanan. Beliau juga semakin mahir bagaimana untuk memasarkan perniagaan beliau secara atas talian menggunakan platform Facebook dan WhatsApps.