Nama  : PN. POSPASARI BINTI MAHAZIZ
Umur  : 45 TAHUN
Ahli  : 26 FEBRUARI 2022

Latar belakang

Kali ini bagi Usahawan Online Q1 2022 PEDi Kg Simpang Sepayang kami memilih Puan Pospasari binti Mahaziz. Dilahirkan Di Negeri Johor pada 30 September 1977 dan kini berusia 45 Tahun. Puan Pospasari binti Mahaziz atau nama panggilan Kak Puspa merupakan suri rumah dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah meningkat dewasa. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malayisia (SPM). Beliau mempunyai minat dan kebolehan dalam menghasilkan pelbagai jenis kuih tradisional dan moden serta banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Memandangkan pada zaman persekolahan  kemudahan dan penggunaan ICT pada ketika itu tidak terlalu meluas. Teknologi pada ketika itu juga tidak semoden zaman sekarang. Ditambah pula dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan taraf pendidikan hanya di peringkat SPM, taraf pendidikan dan pengetahuan ICT beliau pada ketika itu boleh dikategorikan sebagai sifar. Namun semenjak anak-anak beliau meningkat dewasa Puan Pospa mula berjinak-jinak menggunakan peralatan teknologi iaitu telefon pintar yang mana pada ketika itu beliau hanya belajar daripada anak-anak. Bermula dari situ beliau sedikit sebanyak mula menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook, instagram dan Whatapp.Namun penggunaan dan pengetahuan ketika itu hanyalah di peringkat pengetahuan asas penggunaan dan sederhana  mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bermula dengan penglibatan program bersama anjuran pusat internet membuka ruang dan peluang kepada beliau untuk lebih mendalami ilmu ICT. Memandangkan di PEDi ada menawarkan program Bengkel ICT yang tebuka kepada pelbagai peringkat umur, menjadikan beliau berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan. Bermula dengan Kursus asas pengetahuan ICT beliau mula mempelajari cara menggunakan komputer, dan cara penjagaan komputer. Seterusnya bengkel Advolasi menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi ICT terutamanya yang melibatan internet. Memandangkan beliau minat untuk berniaga dan mempunyai kemahiran membuat kek gulung dan kuih tradisional, beliau telah mengikuti program Kelas Asas Usahawan dimana didalam bengkel tersebut beliau belajar teknik mengambil gambar produk yang menarik, aplikasi mengedit gambar, cara mempromosi produk di atas talian dan cara memancing pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Yang terbaru Puan Pospa mengikuti kelas Perniagaan atas Talian iaitu Shopee. Oleh yang demikian selepas penglibatan beliau dengan bengkel anjuran Pusat internet, beliau sedikit sebanyak telah mempelajari ilmu keusahawanan dan kini telah mempunyai Platform Perniagaan sendiri di dalam Shopee.

   

BELAJAR KELAS ICT

Nama  : MUNAH BINTI MAT SARIM
Umur  : 67 TAHUN
Ahli  : 01 APRIL 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q1 2022, kami memilih seorang warga emas yang menetap di Rumah Banjir Simpang Sepayang. Beliau adalah Puan Munah binti Mat Sarim. Puan Munah atau mesra dengan membahasakan diri dengan panggilan Mak lahir pada tahun 1955 dan kini umur beliau telah mencecah 67 tahun. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sekolah Rendah. Mempunyai 10 orang cahaya mata dan kini telah mempunyai 15 orang cucu. Pernah bekerja sebagai tukang sapu dan kini masih gagah serta sihat tubuh badan untuk melakukan kerja yang pernah beliau lakukan dahulu secara sambilan bagi mengisi masa lapang beliau.Sikap peramah dan gemar bergaul dengan orang ramai menjadikan beliau aktif dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan di kampung Simpang Sepayang. Antara penglibatan beliau adalah kumpulan Yassin, Kumpulan Berzanji, dan WANIMAS.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada beliau penggunaan komputer di usia beliau sekarang yang telah mencecah 67 tahun bukan lah satu keperluan. Ditambah lagi beliau menyangkakan seusia beliau itu tidak mempunyai peluang untuk mempelajari bidang ict apatah lagi dengan penggunaan teknologi komputer. Oleh yang demikian penglibatan beliau dengan perkhidmatan PEDi cukup sekadar atas urusan Photostat, pemeriksaan Kesihatan dan Jemputan keramaian Program anjuran PEDi. Dari segi pengetahuan mengenai ICT dan penggunaan teknologi komputer pula, boleh dikategorikan sifar kerana beliau memaklumkan pada zaman muda beliau, beliau langsung tidak didedahkan dengan teknologi.ditambah pula masalah ekonomi keluarga pada ketika itu kerana mempunyai adik beradikyang ramai dan ditambah pula dengan bapa beliau yang hanya bekerja kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Munah mula menjinakkn diri dengan kelas komputer anjuran PEDi pada awal bulan Mac 2022. Awal penglibatan beliau bermula dari ajakan dari salah seorang menantu beliau yang terbaca iklan yang menawarkan Kelas komputer di PEDi Simpang Sepayang yang mana kelas tersebut terbuka kepada semua peringkat umur termasuklah warga emas. Awalnya beliau teragak-agak untuk menyertai, namun selepas mendengar cerita dari rakan-rakan kumpulan Yassin yang seronok dengan penglibatan kelas komputer anjuran PEDi menjadikan beliau terbuka hati untuk turut serta dalam kelas tersebut. Walaupun tertinggal 1 sesi, namun tidak mematahkan semangat beliau untuk menyertai kelas tersebut kerana petugas di PEDi sanggup membuat kelas ulangan khas untuk beliau bagi memastikan beliau tidak tertingal modul. Beliau berpendapat belajar komputer tidaklah serumit yang beliau sangkakan. Asalkan kita pandai membaca dan minat mempelajarnya, jadi tidak ada yang mustahil untuk kita mahir menggunakan komputer. Modul pertama yang disediakan di PEDi iaitu Pengenalan asas komputer menjadikan beliau kini tahu serba sedikit mengenai komponen asas komputer serta fungsi-fungsinya. Kini beliau masih dalam pembelajaran dan terbaru beliau mempelajari Modul Ms Office dimana dalam modul tersebut beliau mempelajari asas menaip dan tetapan tulisan. Penerangan dan latihan yang diberikan menjadikan beliau kini makin mahir dalam menaip menggunakan ms Office word serta mahir menukar tetapan kepada petikan yang telah ditaip.

  

 

BELAJAR KELAS ICT

Nama  : NUR AISYAH BINTI ABDULLAH
Umur  : 11 TAHUN
Ahli  : APRIL 2020

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q4 2021 kali ini kami memilih Adik Qaseh Nur Aisha binti mohd Sani. Anak sulung daripada dua adik beradik ini merupakan pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Leban Chondon Rompin Pahang. Bapa beliau bekerja sebagai pemandu traktor manakala ibu beliau seorang peniaga kedai makan. Adik qaseh merupakan seorang kakak yang prihatin pada adiknya dan juga merupakan harapan keluarga  memandangkan beliau merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut. Mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang pendidik bila besar kelak. Hobi beliau menonton chanell youtuber  sekaligus menaruh minat dan impian untuk menjadi youtuber yang terkenal dan mempunyai chanel youtube sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Adik Qaseh  tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar.  Keingginan beliau untuk mempelajari ilmu ICT ada tapi ketika itu beliau mempunyai masalah tidak yakin dengan diri sendiri dan agak pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan pergaulan dan penglibatan beliau dengan aktiviti luar agak terbatas walaupun sudah beberapa kali ibu beliau cuba untuk mendaftarkan beliau di program-program anjuran PEDi Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Semenjak memiliki telefon sendiri, beliau kerap menonton channel youtube dan secara tidak langsung menaruh minat ke arah youtuber. Ditambah pula pihak sekolah telah memberikan kemudahan laptop kepada beliau menjadikan beliau memberitahu kepada ibu beliau untuk mempelajari ilmu ICT untuk kemudahan pembelajaran dan menyokong minat beliau untuk menjadi youtuber. Oleh yang demikian ibu beliau telah mendaftarkan diri beliau di PEDi pada april 2020. Beliau mula mempelajari asas komponen komputer dan internet. Beliau mula mempelajari teknik membuat video di PEDi dan mula menyertai pertandingan video anjuran PEDi. Hasil dari pembelajaran di PEDi beliau berjaya menghasilkan video sendiri dan mengahantar penyertaan beliau di pertandingan mencipta Video anjuran PEDi dan mendapat hadiah tempat pertama pertandingan Video kemerdekaan dan tempat ke 5 pertandingan video Kreatif. Beliau juga telah mempunyai yotube chanel sendiri namun masih lagi dalam tempoh percubaan dan usaha untuk meperkenalan channel beliau.  Beliau juga telah pandai menggunakan laptop  untuk tujuan pembelajaran online tanpa bantuan ibu bapa. Dan beliau juga membantu adik beliau ketika pembelajaran atas talian adik beliau. Kini beliau masih lagi dalam proses pembelajaran dan ingin mempelajari ilmu ICT lebih mendalam dalam pelbagai modul yang disediakan di PEDi. Penglibatan dengan PEDi juga membantu beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai yang mana tidak tertumpu dengan rakan sekitar kampung beliau sahaja kerana di PEDi sesi pembelajaran dijalankan dalam bentuk berkumpulan.

BELAJAR KELAS ICT

Nama  : NUR AISYAH BINTI ABDULLAH
Umur  : 19 TAHUN
Ahli  : 03 APRIL 2017

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2021 kali ini kami memilih Adik Nur Aisyah Binti Abdullah lahir pada 13 Julai 2002 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Adik Aisyah  merupakan anak kedua dari 7 orang adik beradik berusia 19 Tahun dibesarkan di Kg. Simpang Sepayang di alamat No 102 Rumah Pemulihan Banjir, Kampung Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. Adik Aisyah ditempatkan di dalam kelas rancangan Khas iaitu di Sekolah Menengah Sungai Puteri Rompin kerana mempunyai masalah pembelajaran. Kakak Sulong ini merupakan seorang kakak yang penyayang dan bercita-cita tinggi untuk menjadi usahawan muda yang berjaya Dibesarkaan di dalam keluarga yang sederhana menjadikan beliau tekad untuk menjadi insan yang berjaya bagi membantu ibu bapanya kelak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Adik Aisyah pernah mengikuti ibunya membuat urusan di pusat Internet. Ketika itu beliau hanya melihat rakan-rakan sebaya beliau yang menggunakan perkhidmatan komputer di pusat internet. Kerana keyakinan diri beliau hanya memerhati rakan-rakan sebaya yang rancak bermain dengan komputer sehinggalah pada satu hari salah seorang petugas Pusat internet menyapa beliau dan mengajak beliau bersama-sma mengikuti program yang dianjurkan di pusat internet. Kebetulanpada ketika itu pusat internet akan menganjurkan hari bersama komuniti dan pelbagai aktiviti serta pertandingan akan dilaksanakan sepanjang program tersebut. Bermula dari situlah beliau mula menjinakkan diri dengan pusat internet kerana minat mempelajari komputer yang mendalam ditambah pula kesedaran dalam diri bahawa kepentingan komputer dan teknologi pada masa kini dalam kehidupan seharian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Peringkat awal penglibatan dengan pusat internet, tahap pengetahuan ICT beliau dikategorikan kurang mahir serta kurang keyakinan diri untuk menonjol di kalayak ramai terutamanya dikalangan orang tidak dikenali. Namun sepanjang mengikuti program di pusat Internet, beliau telah mengikuti pelbagai kelas Komputer seperti Asas penggunaan Komputer, Kelas e-learning , kelas email dan kelas Usahawan Atas talian. Ketika menggunakan perkhidmatan internet di Pusat internet, beliau juga banyak dibantu oleh petugas yang bertugas untuk melayari internet dan media sosial seperti facebook dan youtube. Kelas yang diikuti dalam bentuk berkumpulan juga menjadikan beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai. Ini menjadikan beliau lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kelas ICT yang dianjurkan di pusat internet untuk menambah ilmu pengetahuan beliau khususnya dalam bidang usahawan.

     

BELAJAR KELAS ICT

Nama  : PN. HANIDA BINTI IDIN
Umur  : 50 TAHUN
Ahli  : 09 JANUARI 2016

 

Latar belakang

Kali ini bagi Kisah kejayaan Celik IT Q2 2021 PIK Kg Simpang Sepayang kami memilih Puan Hanida binti Idin. Dilahirkan Di Negeri Pahang pada 28 Februari 1971 dan kini berusia 50 Tahun. Puan Hanida binti Idin atau nama panggilan Kak Nida merupakan seorang guru Tabika KEMAS di Kg Bukit Serdang. Telah bertugas lebih 20 Tahun sebagai seorang guru Tabika KEMAS.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kak Nida sebelum menggunakan perkhidmatan di PIK Kg Simpang Sepayang, beliau hanya menggunakan internet di rumah dan menumpang internet di rumah kawan kawan sahaja untuk menghantar laporan tugasan setiap bulan. Tetapi memandangkan capaian internet yang sering bermasalah di samping banyak tugasan serta laporan yang perlu dihantar setiap bulan yang memang memerlukan beliau untuk menggunakan internat yang agak laju di samping perkhidmatan seperti print, photostat, scan dan menghantar data, beliau telah datang ke pusat internet untuk menggunakan semua perkhidmatan yang ada disini. Selain itu, beliau juga kurang mahir di dalam penggunaan Microsoft Office dan beliau tidak jemu untuk belajar dan bertanya kepada para petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Boleh katakan setiap minggu Kak nida akan datang ke pusat internet untuk melakukan tugasan sebagai seorang guru selain mencari bahan bahan untuk pelajarnya. Beliau juga akan meminta bantuan petugas PIK untuk membantu beliau jika laporan beliau ada masalah dari segi Formula dan sebagainya. Selain itu, beliau juga telah diajar mengenai Microsoft Office 2010 dan kelas asas komputer. Oleh yang demikian, beliau telah memanfaatkan semua perkhidmatan yang ada di Pusat internet komuniti kg simpang sepayang.