BELAJAR KELAS ICT

Nama  : PN ROS NAZIHAH BINTI SOHAIMI
Umur  : 32 TAHUN
Ahli  : 23 JANUARI 2020

Latar belakang

Kali ini bagi Celik IT Q4 2020 Pi Kg Simpang Sepayang kami memilih Pn. Ros Nazihah Binti Sohaimi. Dilahirkan Di Kelantan pada 6 Disember 1988 dan kini berusia 32 Tahun. Puan Ros Nazihah Binti Sohaimi atau nama samaran azie telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau berpindah ke Kuala Rompin Pahang dan bersekolah di sekolah Menengah Kuala Rompin ketika beliau berusia 15 Tahun. Kini beliau telah menetap di No 53 Kampung Feri Pontian, 26800 Kuala Rompin Pahang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan sederhana cemerlang.Jika sebelum ini Puan Azie merupakan suri rumah sepenuh masa namun sejak tahun 2018 beliau mula bekerja di sebuah syarikat swasta bagi membantu suami beliau mencari punca pendapatan ekoran daripada taraf ekonomi semakin meningkat. Beliau bekerja sebagai Tukang cuci di Kolej Vokasional Rompin yang mana satu tempat kerja dengan suami beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tahap pengetahuan ICT Puan Azie sebelum penglibatan dengan kelas ICT ketika ituadalah pengetahuan asas itupun ketika zaman persekolahan. Beliau mempelajari tentang komputer ketika beliau di tingkatan 4. Sejak tamat persekolahan sehingga kini telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata, beliau langsung tidak menggunakan komputer mahupun mempelajari ilmu ICT kerana kehidupan seharian sebagai suri rumah dahulu dan sebagai kakitangan swasta kini tidak memaksa beliau untuk bergantung dengan kemahiran ICT. Oleh yang demikian kebanyakkan pembelajaran tentang penggunaan komputer yang pernah beliau pelajari ketika zaman sekolah dahulu sudah luput dari ingatan kerana tidak dipraktikalkan dalam satu tempoh yang agak lama.Erti kata lain kini pengetahunan beliau tentang ICT sifar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Ros mula menjinakkan diri dengan penglibatan dalam program-program di pusat internet selepas diajak oleh salah seorang sahabat beliau iaitu Puan Siti Zubaidah yang mana Puan siti merupakan pelanggan tetap pusat internet dan sering melibarkan diri dengan program anjuran pusat internet. Penglibatan pertama Puan Ros di program anjuran Pusat internet ialah Program Dashbord Komuniti pada tahun 2019.hubungan baik yang terjalin antara Puan Ros dan Petugas pusat intrenet mengikis perassan malu beliau untuk mempelajari bidang ICT pada usia 32 tahun ditambah pula pada ketika itu peningkatan penggunaan ICT di kalangan masyarakat semakin menjadi keperluan dalam kehidupan seharia terutama dalam meningkatkat taraf ekonomi keluarga. Bermula dari situ beliau mempelajari asas pengunaan komputer dan internet. Kini beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering menambah ilmu ICT dari masa ke semasa bersama Pusat internet.

 

Nama  : PN ROS NAZIHAH BINTII SOHAIMI
 Umur  : 32 Tahun
 Ahli  : 23 

Latar belakang

Kali ini bagi Usahawan Online 2 Q3 2020 Pi simpang Sepayang kami memilih Ros Nazihah Binti Sohaimi. Dilahirkan Di Kelantan pada 6 Disember 1988 dan kini berusia 32 Tahun. Puan Ros Nazihah Binti Sohaimi atau nama samaran azie telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau berpindah ke Kuala Rompin Pahang dan bersekolah di sekolah Menengah Kuala Rompin ketika beliau berusia 15 Tahun. Kini beliau telah menetap di No 53 Kampung Feri Pontian, 26800 Kuala Rompin Pahang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan sederhana cemerlang.Jika sebelum ini Puan Azie merupakan suri rumah sepenuh masa namun sejak tahun 2018 beliau mula bekerja di sebuah syarikat swasta bagi membantu suami beliau mencari punca pendapatan ekoran daripada taraf ekonomi semakin meningkat. Beliau bekerja sebagai Tukang cuci di Kolej Vokasional Rompin yang mana satu tempat kerja dengan suami beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tahap pengetahuan ICT Puan Azie sebelum penglibatan dengan kelas ICT ketika itu adalah pengetahuan asas itupun ketika zaman persekolahan. Beliau mempelajari tentang komputer ketika beliau di tingkatan 4. Sejak tamat persekolahan sehingga kini telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata, beliau langsung tidak menggunakan komuputer mahupun mempelajari ilmu ICT kerana kehidupan seharian sebagai suri rumah dahulu dan sebagai kakitangan swasta kini tidak memaksa beliau untuk bergantung dengan kemahiran ICT. Oleh yang demikian kebanyakkan pembelajaran tentang penggunaan komputer yang pernah beliau pelajari ketika zaman sekolah dahulu sudah luput dari ingatan kerana tidak dipraktikalkan dalam satu tempoh yang agak lama.Erti kata lain kini pengetahunan beliau tentang ICT sifar. Teknologi yang biasa beliau gunakan ketika ini adalah media sosial dengan hanya menggunakan telefon pintar

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun sejak beliau mula berjinak dalam dunia perniagaan atas talian bagi menambah punca pendapatan beliau sekeluarga, ini memaksa beliau untuk mempelajari semula ilmu ict khususnya dalam penggunakan komputer untuk tunjuan perniagaan beliau. Pada bulan Ogos 2020 beliau di ajak oleh seorang sahabat untuk mengikuti pertandingan usahawan Online menggunakan Shopee. Bermula dari situ beliau bertekad untuk mengikuti bengkel ICT khususnya Bengkel keusahawanan anjuran Pusat Internet yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau iaitu di Pusat Internet Simpang Sepayang. Bermula dari situ beliau mempelajari pengenalan asas komputer seturusnya mengikuti bengkel Perniagaan Atas Talian melalui Platform Shopee. Dalam Bengkel tersebut beliau mula mendaftarkan diri dalam akaun Shopee, memuat naik Produk, mempelajari cara untuk memancing pelanggan dengan perkongsian beberapa tip dari petugas Pusat Internet dan mempelajari teknik-teknik mengambil gambar produk yang lebih menarik dan jelas untuk dimuat naik ke dalam akaun shopee dan media sosial. Ini sedikit sebanyak membantu beliau dalam meningkatkan jualan produk beliau di atas talian.

 

BELAJAR KELAS ICT  

 Nama  : ADIK MOHD SYAHRUL NIZAM BIN ZUL AZIZI
 Umur  : 11 Tahun
 Ahli  : Julai 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2020 kali ini kami memilih Adik Mohd Syahrul Nizam Bin Zul Azizi  lahir pada 28 Oktober 2009 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Adik Syahrul merupakan anak sulong dari 3 orang adik beradik berusia 11 Tahun dibesarkan di Kg. Simpang Sepayang di alamat No 36 B Jalan Kampung Hijrah Sepayang 03, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. Adik Syahrul ditempatkan di dalam kelas rancangan Khas iaitu di Sekolah Rendah Kg Kolam Rompin kerana mempunyai masalah pembelajaran. Abang sulong ini merupakan seorang abang yang penyayang dan bercita-cita untuk menjadi bomba apabila besar nanti. Dibesarkaan di dalam keluarga yang sederhana menjadikan beliau tekad untuk menjadi insan yang berjaya bagi membantu ibu bapanya kelak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Adik Syahrul tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar. Keingginan beliau untuk mempelajari ilmu ICT ada tapi beliau mempunyai masalah tidak yakin dengan diri sendiri dan agak pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan pergaulan dan penglibatan beliau dengan aktiviti luar agak terbatas walaupun sudah beberapa kali ibu beliau cuba untuk mendaftarkan beliau di program-program anjuran pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Peringkat awal yang membolehkan beliau mula melibatkan diri dengan program anjuran pusat internet ialah apabila beliau di tawarkan mengikuti kelas komputer secara persendirian ditemani oleh adik beliau. Beliau memberanikan diri hadir ke kelas tersebut. Pada kelas pertama beliau diajar tentang komponen asas komputer dan kemahiran menggerakan tetikus serta menggunakan papan kekunci melalui permaianan berbentuk
pelajaran. Beliau sangat teruja dengan pembelajaran baru dan menjadikan beliau lebih bersemangat untuk mengikuti modul ICT yang lain. Setelah mahir menggerakkan tetikus dan papan kekunci, perugas di pusat internet mengajar beliau mencipta poster secara online dengan menggunakan aplikasi Canva.com. Seterusnya beliau juga mempelajari cara kerja-kerja menaip menggunakan ms office word. Dari awal penglibatan beliau yang sifar tentang penggunaan komputer, kini beliau telah pandai menggerakakn tetikus, mencipta poster dan menaip menggunakan ms office word.

 

Nama  : CIK SHARIFAH NURUL NAJIHAH BT SYED ALWI
 Umur  : 25 Tahun
 Ahli  : 25 Oktober 2019

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2020 kali ini kami memilih Cik Sharifah Nurul Najihah Binti Syed Alwi. Lahir pada 18 September 1995 di Janglau Rompin dan kini berumur 25 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan tinggal bersama keluarga di No 367 Kampung Janglau 3, 26800 Kuala Rompin Pahang. Berusia 25 tahun dan kini masih berstatus bujang..Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di USIM Negeri Sembilan.Beliau telah tamat pengajian pada tahun 2018. Selepas setahun tamat pengajian beliau menerima tawaran pekerjaan sebagai guru kafa di Sekolah Rendah Pontian Jaya, Rompin sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tahap pengetahuan ICT Cik Najiha sebelum penglibatan dengan kelas ICT ketika itu adalah pengetahuan asas. Sebelum ini beliau menggunakaninternet dan komputerhanyalah untuk tujuan pembelajaran Selain itu beliau menggunakan internet untuk berhubung dengan kenalan melalui Facebook dan Instagram. Namun ekoran daripada peredaran zaman, ramai kenalan terutamanya media sosial menjadikan media sosial sebagai medium utama untuk dunia perniagaan dalam menjalani urusan jual beli. Daripada situ lah beliau mula menanam minat untuk berniaga memandangkan pada ketika itu status pekerjaan beliau adalah kontrak. Sebelum penglibatan beliau dengan pusat internet, beliau mencari pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan secara offline dan online dimana tertumpu pada media sosial iaitu Platform facebook dan
instagram.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah 1 tahun berkecimpung di dalam dunia perniagaan offline dan online facebook beliau mula memberanikan diri melangkah lebih jauh dengan menyusun strategi promosi perniagaan beliau dengan mula menjual pelbagai jenis produk ke Platform yang lebih meluas iaitu Shopee. Bengkel pertama beliau sertai ialah Perniagaan Atas Talian Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet Simpang Sepayang, Rompin iaitu pada Ogos 2020. Di dalam bengkel tersebut beliau mula mempelajari bagaimana untuk mendaftarkan diri ke platform Shopee, seterusnya mempelajari cara muat naik produk, menyusun ayat Pancingan untuk menarik minat pelanggan, dan beberapa tip untuk mempromosikan produk jualan. Oleh itu selepas penglibatan dengan bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet, promosi jualan beliau tidak hanya tertumpu kepada media sosial semata-mata sebaliknya beliau mempunyai beberapa platform jualaan atas talian yang lain seperti shopee dan dashboard komuniti.

 

Nama  : EN. MOHAMAD AIMANUDDIN BIN ZAINI
 Umur  : 30 Tahun
 Ahli  : 17 Januari 2014

 

Latar belakang

Kami memilih encik Mohammad Aimanuddin Bin Zaini sebagai Usahawan Online 2 Q2 2020 Pi Simpang Sepayang. Namun anak kelahiran Johor Bahru ini dibesarkan di kg. Janglau Rompin Pahang di alamat NO 16 Jalan Janglau, 4, 26800 Kuala Rompin. Beliau telah bekahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Mohammad Aimanuddin atau lebih dikenali sebagai Aiman mula mendaftar dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet sejak tahun 2014. Antara perkhidmatan yang sering digunakan ialah melayari internet, Photostat dan membuat pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan gula. Taraf pendidikan tertinggi beliau ialah pada peringkat SPM diKolej Vokasional dalam bidang kimpalan. Beliau pernah menyambung pelajaran Peringkat Sijil di politeknik namun atas masalah keluarga beliau tidak dapat menamatkan pelajaran beliau. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah syarikat petronas di Johor bahru selama hampir 5 tahun. Pada masa yang sama beliau mencuba nasib menyediakan perkhidmatan grab untuk menambah punca pendapatan beliau. Selepas bekerluarga beliau berpindah ke daerah lain di johor bahru dan bekerja sebagai pemandu merangkap pembantu peribadi di sebuah syarikat di Johor sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Memandangkan beliau pernah belajar di peringkat sijil dalam bidang mekanik, penggunaan komputer pada beliau tidak asing lagi. Boleh dikatakan taraf pengetahuan tentang ICT beliau pada ketika itu sederhana mahir. Awal penglibatan beliau di PI sejak tahun 2014 bagi menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari kerjaan kosong dengan melayari internet dan membuat resume di Pusat Internet dengan bantuan petugas di situ. Sebelum penglibatan bersama Pusat internet, punca pendapatan beliau sepenuhnya dengan makan gaji di syarikat petronas di johor bahru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun selepas penglibatan dengan bengkel pertama iaitu e-rezeki anjuran pusat internet beliau mencari pendapatan tambahan dengan membuat perkhidmatan grab di sekitar Johor bahru. Kemudian beliau berumah tangga dan mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pakaian kanak-kanak. Sekali lagi beliau mengikuti bengkel keusahawanan dan media sosial untuk memperluaskan lagi jualan beliau. Selepas mencipta page sendiri di facebook iaitu Alisy Baby Collection dan memuatnaik produk-produk beliau, berlaku peningkatan yang memberansangkan dari segi jualan dan promosi jualan lebih meluas. Kemudian beliau telah mengikuti bengkel perniagaan atas talian iaitu platform shopee untuk memperluaskan lagi jualan produk memandangkan beliau telah mula mempelbagaikan perkhidmatan jualan beliau yang mana tidak tertumpu pada pakai kanak-kanak tetapi beliau juga menjadi agen rempah perapan, rempah ayam madu, aiskrim goyang dan keropok lekor.