BELAJAR KELAS ICT

Nama : NUR ZULAIKHA SALIMI BINTI MOHAMAD ZULLKHIBRI
Umur : 11 TAHUN
Ahli : 12 JUN 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q4 2024 kali ini kami memilih adik Nur Zulaikha Salimi binti Moahamd Zullkhibri. Anak keempat daripada lima orang adik beradik ini merupakan pelajar di sekolah kebangsaan Pontian Rompin Pahang. Bapa beliau bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu beliau adalah suri rumah. Adik Zulaikha merupakan seorang kakak dan adik yang prihatin dan matang. Semangat belajar sesuatu yang baharu merupakan satu sikap yang diperolehi oleh beliau sejak dari kecil lagi. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan program anjuran Nadi, Adik Zulaikha hanya datang mengikut abang abangnya untuk beliau melihat youtube di komputer. Lama kelamaan beliau semakin pandai dan hanya datang seorang sahaja untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Bermula dengan Adik Zulaikha datang untuk menggunakan komputer, beliau kemudiannya sering terlibat dengan program anjuran dari NADI. Bermula dengan Kelas Pengenalan Komputer dan seterusnya kelas asas komputer dan kelas microsoft office, beliau terus mengikuti semua program yang dianjurkan dari NADI untuk program pelajar sekolah. Bukan itu sahaja beliau juga menggunakan kemahiran yang beliau ada dan kemudahan yang didapati di Nadi untuk mencari bahan bahan belajar untuk dijadakan bahan ulang kaji beliau.

  

 

BELAJAR KELAS ICT

Nama : MOHAMAD AZAM BIN ZAINAL
Umur  : 12 TAHUN
Ahli  : 22 OKTOBER 2023

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q3 2024 kali ini kami memilih adik Mohamad Azam Bin Zainal. Anak bongsu daripada 5 adik beradik ini merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pontian Pahang. Bapa beliau bekas pekerja teknikal di sebuah kilang sawit yang terdapat di Selendang dan kini hanya memperolehi pendapatan daripada pencen ilat kerana bapa beliau mengalami kecelakaan semasa berkerja. Manakala ibu beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Adik Azam menaruh cita -cita yang tinggi apabila besar nanti untuk menjadi seorang pendidik. Hobi beliau membaca buku dan menonton televisyen. Di masa lapangan beliau juga suka bermain basikal bersama rakan-rakan dan kadang kala mengisi masa dengan bermain permainan online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan program anjuran NADI, Adik Azam tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika di rumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar. Keinginan beliau untuk mempelajari ilmu ICT ada tapi ketika itu beliau mempunyai masalah tidak yakin dengan diri sendiri dan agak pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan pergaulan dan penglibatan beliau dengan aktiviti luar agak terbatas walaupun sudah beberapa kali kakak beliau cuba untuk mendaftarkan beliau di program-program anjuran NADI Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 Penglibatan dengan NADI bermula apabila rakan-rakan beliau yang sering berkunjung ke NADi mengajak beliau untuk menyertai aktiviti di NADI. Bermula disitulah adik Azam mula aktif mengikuti aktiviti kelas dan program anjuran NADI. Aktiviti pertama beliau ikuti di program anjuran bersama PPK Agro untuk peserta - peserta anak yatim dan asnaf . Dalam program tersebut adik Azam mula mempelajari asas komponen komputer, asas penggunaan komputer, permainan Pembelaja ran dan Etika penggunan Teknologi. Daripada asas pengetahuan tersebut beliau menyambung pembelaja ran ICT dengan mengikuti kelas Asas Ms Office iaitu word , excel , power point dan publisher di NADI. Seterusnya beliau juga mengikuti kelas asas internet iaitu asas pencarian maklumat di internet dan pendaftaran serta penggunaan Email dalam kehidupan seharian. Program tersebut melayakkan beliau memperolehi sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh pihak NADI. Selain itu, beliau membiasakan diri dengan rakan sekumpulan yang terdiri daripada pengguna tetap NADI dan beliau mula berkenal rapat dengan petugas di NADI. Alhamdulillah permulaan kelas yang beliau ikuti menunjukan perkembangan yang positif dari beliau dalam penggunaan dan pemahaman komputer untuk kegunaan harian beliau. Kini beliau masih lagi dalam proses pembelajaran dan ingin mempelajari ilmu ICT lebih mendalam dalam pelbagai modul yang disediakan di NADI. Penglibatan dengan NADI juga membantu beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai yang mana tidak tertumpu dengan rakan sekitar kampung beliau sahaja kerana di NADI sesi pembelajaran dijalankan dalam bentuk berkumpulan.

   

Nama  : PN. LIDIA WARDANI BINTI JANTAN
Umur  : 21 TAHUN
Ahli  : 14 MAC 2014

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 pada tahun 2024 kali ini kami memilih salah seorang Ahli NADI Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Lidia Wardani binti Jantan atau lebih mesra dengan panggilan Lidia. Lidia dilahirkan pada tahun 2003 berusia 21 tahun dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Telah mendirikan rumahtangga dan beliau tinggal di Perkampungan Orang asli Batu 8, Rompin, Pahang. Lidia selain suri rumah beliau juga telah membantu perniagaan kedai runcit millik keluarga beliau. Pelbagai urusan berkaitan kedai runcit turut dilaksanakan oleh Lidia. Selain itu, Pn. Lidia juga turut membuat produk Mashmallow pelbagai perisa untuk jualan di kedai runcit dan juga turut meletakkan di beberapa buah kedai. Memandangkan produk mashmallow beliau mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat terutamanya kanak kanak hal ini menjadikan beliau mula menjual secara atas talian menggunakan platform Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum Lidia terlibat secara langsung dengan NADI Kg Simpang Sepayang, Lidia sering datang ke NADI tetapi hanya untuk urusan seperti photostat, print, mengisi borang borang dan lain lain urusan serta menghantar produk jualan mashmallow beliau. Beliau tidak terlibat secara langsung untuk kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pn. Lidia telah mengikuti kelas asas komputer (ICT) dan kelas keusahawanan (Shopee dan Tik Tok Shop) yang telah dianjurkan oleh NADI Kg Simpang Sepayang. Daripada hasil pembelajaran ini beliau telah berjaya membuat jualan di paltform shopee. Pn. Lidia juga turut mengaplikasikan pembelajaran ICT untuk kunci kira kira kedai runcit milik ibu bapa beliau seperti dapat merekod keluar masuk 

     

 

Nama  : PN. YUSMALIZA BINTI YUSOF
Umur  : 38 TAHUN
Ahli  : 24 FEBRUARI 2024

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 pada tahun 2024 kali ini kami memilih salah seorang Ahli NADi Kg Simpang Sepayang yang mana beliau merupakan anakjati Kuala Rompin, Pahang. Puan Yusmaliza Binti Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Yus merupakan seorang usahawan kecil kecilan dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Puan Yus kini telah berumur 38 Tahun dan tinggal di kampung Feri rompin yang terletak tidak jauh dari NAdi Simpang Sepayang. Taraf pendidikan tertinggi beliau di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tanggungjawab keluarga menjadi keutamaan pada beliau yang menjadikan beliau mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sambil menjana pendapatan dengan melakukan perniagaan online dan offline secara kecil-kecilan dengan menjual Tuala dan cadar bundle. Namun ketika bujang beliau pernah bekerja sebagai pengurusan Dokumen di salah sebuah syraikat telekomunikasi yang terletak di Kuala Lumpur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Memandangkan beliau telah mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah, beliau telah mengambil keputusan untuk mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Ketika itu beliau menjual pelbagai produk secara offline seperti, tudung, makanan, Target beliau pada ketika itu adalah dikalangan rakan, saudara mara serta jiran tetangga. Pada ketika itu jumlah pendapatan beliau dengan membuat jualan secara offline adalah lebih kurang RM300 sebulan. Namun beliau sedar perkembangan dunia semakin maju, dan berteknologi diamana perniagaan secara atas talian menjadi platform utama pada masa kini menjadikan beliau berminat untuk mempelajari cara-cara berniaga secara online. Pada ketika itu platform yang digunakan adalah Platform facebook. Sehinggalah pada satu ketika beliau terbaca di posting Faccebook Kuala Rompin yang menawarkan kelas Shopee dan TIKTOK secara percuma yang dianjurkan oleh pihak NADi Daerah Rompin. Oleh itu bermula perjalanan penglibatan beliau dengan NadiSimpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mula terlibat dengan program anjuran NADi sejak tahun 2021 dan mula aktif di NADi sejak 2023 dengan menyertai pelbagai program dan kelas anjuran NADi. Pada awal penglibatan Puan Yus tidak mendaftarkan diri lagi sebagai ahli NADi kerana program yng diikuti secara terbuka. Setelah merasa seronok menyertai program tersebut PN Yus ingin mempelajari kelas usahawan dengan lebih serius maka,dengan bermodalkan RM5 beliau mula mendaftarkan diri sebagai ahli di NADi bagi penglbatan aktiviti anjuran NADi, Beliau berjaya memperolehi ilmu perniagaan di peringkat awal iaitu Pengenalan kepada Platform Shopee dan Tik tok. Bermula daripada situlah beliau mula mempelajari pelbagai ilmu yang diberikan oleh staff yang bertugas seperti pengenalan Perniagaan Atas Talian, Pendaftaran dan penetapan akaun Shopee dan Tiktok, Teknik Mengambil Gambar kelas artificial (A) dan banyak lagi. Sehingga kini Beliau masih menghubungi pihak NADi Simpang Sepayang untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan Platform Shopee dan Tik Tok. Daripada jualan dibuat secara offline pendapat keuntungan sebanyak rm300 sebulan, setelah berniaga di shopee pendapatan beliau semakin meningkat kepada RM2000 sebulan dengan hanya menjual tuala dan cadar bundle.

  

 

 

BELAJAR KELAS ICT

Nama : AURA NUR ZINNEERAH BINTI MOHD AZMAN
Umur  : 6 TAHUN
Ahli  : 9 JANUARI 2022

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q2 2024 kali ini kami memilih adik Aura Nur Zinneerah binti Mohd Azman.Anak kedua daripada 3 orang adik beradik ini merupakan pelajar PRA di sekolah kebangsaan Pontian Rompin Pahang. Bapa beliau bekerja sebagai petani sawah padi manakala ibu beliau bekerja sebagai rakan digita di Nadi Simpang Sepayang.. Adik Zinerah merupakan seorang kakak dan adik yang prihatin dan matang. Semangat belajar sesuatu yang baharu merupakan satu sikap yang diperolehi oleh beliau sejak dari kecil lagi. Mempunyai lavel keyakinan yang tinggi menjadikan adik zineerah pandai berfashion dan suka mencipta content video dan dimuatkan di dalam tiktok. Seorang pelajar contoh di dalam kelas menjadikan adik Zineerah pelajar target di sekolah. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang pereka fashion apabila besar kelak. Di masa kelapangan beliau juga suka membantu ibu beliau bercucuk tanam dan membuat kerja-kerja rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran Nadi, seperti yang lainya Adik Zinnerah tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Awal peglibatan adik zineerah dengan Nadi ketika Pihak petugas nadi hadir ke tadika untuk kelas asas komponen komputer. Di situ beliau mula mengenal komponen komponen komputer dan fungsinya. Mula dari situ beliau ingin mempelajari lebih banyak tentang ict.. Oleh yang demikian ibu belia mendaftarkan nama belaiu di Nadi untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Nadi. Sejak dari itu adik Zineerah tidak pernah tercicr dalam menyertai aktiviti ICT anjuran di Nadi Simpang Sepayang. Tambah pula ibu beliau dapat diterima bekerja sebagai Rakan digital di Nadi Simpang Sepayang, oleh yang demikian masa beliau di masa lapang banyak dihabiskan di Nadi. Itulah salah satu unca beliau pandai dan mahir menggunkan komputer dan bijak mencipta conten video tanpa bantu ibu bapa beliau mahupun orang dewasa. Pernah satu masa dahulu beliau sendiri yang mengajar rakan rakan sebaya beliay dan kakak beliau mencipta video menggunakan cup cat. Bukan itu sahaja beliau juga menggunakan kemahiran yang beliau ada dan kemudahan yang didapati di Nadi untuk mencari bahanbahan belajar untuk dijadakan bahan ulang kaji beliau.