Nama  : PN. ZAHARAH BINIT HUSSIN
Umur  : 35 TAHUN
Ahli  : 22 MAC 2017

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian usahawan online kali ini kami memilih Puan Zaharah binti ismail. Dilahirkian pada 24  April 1986 di Kampung Perpat dan kini berumur 35 Tahun. Beliau merupakan anak jati kuala rompin, Pahang darul makmur. Kini beliau menetap bersama suami dan 2 orang cahaya serta menyara ibu kandung beliau yang sedang uzur  di alamat No A 23 Desa Perpat, Kuala Rompin Pahang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil di Kolej Komuniti Rompin. Beliau merupakan Kakitangan penjawat awam yang bekerja sebagai pembantu Perpustakaan Desa Perpat   Kuala Rompin sejak tahun 2006.Beliau mengisi masa lapang beliau dengan hobi beliau iaitu bercucuk tanam pelbagai jenis pokok viral. Kerana minat berniaga beliau juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual hasil tanaman pokok-pokok viral, pelbagai jenis produk kesihatan, bahan pencuci, pewangi dan racun serangga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penggunaan komputer dalam aktiviti harian beliau merupakan bukan sesuatu yang baharu. Beliau sering menggunakan komputer untuk kerja-kerja menaip dan merekod. Aplikasi yang sering digunakan dalam penggunaan ICT adalah Ms Office iaitu termasuklah Ms Office Word, Excell dan Power Point. Selain itu beliau juga menggunakan internet untuk mencari bahan-bahan dan mempromosikan aktiviti yang dijalankan di Perpustakaan di laman media sosial iaitu facebook, email dan instagram. Oleh yang demikian tahap pengetahuan ICT puan Zaharah sebelum terlibat dengan Pusat internet boleh di kategorikan sederhana mahir.Namun cukup sekadar pengetahuan beliau terhadap ICT pada ketika itu ditahap kegunaan kerja-kerja pejabat sebagai pembantu Perpustakaan. Dalam perkembangan perniagaan kecilan beliau pula, sebelum penglibatan dengan ICT beliau banyak berniagas] secara offline kepada kenalan-kenalan sekerja dan kenalan rapat. Ditambah pula pda ketika itu perniagan yang dijalankan hanyala suka-suka sekadar mengisi minat dan masa lapang.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Ekoran daripada peredaran zaman, ramai kenalan menjadikan media sosial sebagai medium utama untuk dunia perniagaan dalam menjalani urusan jual beli. Daripada situ lah beliau mula serius dalam perniagaan beliau dengan merancang untuk memperkembangkan perniagaan beliau secara atas talian. Beliau mula bergiat aktif mempromosikan produk jualan beliau di laman media sosial seperti di facebook, instagram dan whatapp. Beliau juga mula melibatkan diri dengan program Usahawan anjuran Pusat Internet. Antara kelas yang telah beliau ikuti adalah kelas Asas Komputer Ms Office, Adobe photoshop dan Skrip to screen. Daripada situlah beliau mula mempertingkatkan dan memantapkan lagi promosi dan Jualan Produk beliau dengan lebih meluas. Daripada penglibatan dengan ICT juga beliau telah mempelbagaikan jenis jualan produk yang mana sebelum ini hanya tertumpu kepada jualan sabun  pencuci sahaja. Kini ursusan penjualan lebih mudah dan lebih meluas sekaligus mempertingkatkan jumlah pendapatan beliau.Selain Platform media sosial iaitu facebook dan instagram beliau juga telah memuat naik jualan produk beliau ke dalam Platform my shop yang telah disediakan oleh pihak Pusat internet.

   

Nama  : PN. MASLIHA BINTI ISMAIL
Umur  : 53 TAHUN
Ahli  : 21 JULAI 2019

Latar belakang

Kali ini bagi Usahawan Online Q1 2021 Pi simpang Sepayang kami memilih Puan Masleha binti Ismail. Dilahirkan Di Negeri Selangor pada 24 Oktober 1968 dan kini berusia 53 Tahun. Puan Masleha binti Ismail atau nama samaran Puan Masleha merupakan suri rumah dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah meningkat dewasa. Beliau berpindah dan menetap di Kuala Rompin Pahang sejak berkahwin lagi iaitu di Rumah Pemulihan Banjir kampung simpang sepayang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malayisia (SPM). Beliau mempunyai minat dan kebolehan dalam menghasilkan kuih tradisional resepi turun temurun menjadikan beliau  kini mula berjinak-jinak dalam bidang pernigaan penjualan Produk Kuih trasinonal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Memandangkan pada zaman persekolahan  kemudahan dan penggunaan ICT pada ketika itu tidak terlalu meluas. Teknologi pada ketika itu juga tidak semoden zaman sekarang. Ditambah pula dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan taraf pendidikan hanya di peringkat SPM, taraf pendidikan dan pengetahuan ICT beliau pada ketika itu boleh dikategorikan sebagai sifar. Namun semenjak anak-anak beliau meningkat dewasa Puan Masleha mula berjinak-jinak menggunakan peralatan teknologi iaitu telefon pintar yang mana pada ketika itu beliau hanya belajar daripada anak-anak. Bermula dari situ beliau sedikit sebanyak mula menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook, instagram dan Whatapp.Namun penggunaan dan pengetahuan ketika itu hanyalah di peringkat pengetahuan asas penggunaan dan sederhana  mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bermula dengan penglibatan program bersama anjuran pusat internet membuka ruang dan peluang kepada beliau untuk lebih mendalami ilmu ICT. Memandangkan di Pusat Internet ada menawarkan program Bengkel ICT yang tebuka kepada pelbagai peringkat umur, menjadikan beliau berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan. Bermula dengan Kursus asas pengetahuan ICT beliau mula mempelajari cara menggunakan komputer, dan cara penjagaan komputer. Seterusnya bengkel Advolasi menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi ICT terutamaya yang melibatan internet. Memandangkan beliau minat untuk berniaga dan mempunyai kemahiran membuat kek gulung dan kuih tradisional, beliau telah mengikuti program Kelas Asas Usahawan dimana didalam bengkel tersebut beliau belajar teknik mengambil gambar produk yang menarik, aplikasi mengedit gambar, cara mempromosi produk di atas talian dan cara memancing pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Yang terbaru Puan Masleha mengikuti kelas Perniagaan atas Talian iaitu Shopee. Oleh yang demikian selepas penglibatan beliau dengan bengkel anjuran Pusat internet, beliau sedikit sebanyak telah mempelajari ilmu keusahawanan dan kini telah mempunyai Platform Perniagaan sendiri di dalam Shopee.

  

  

Nama  : PN. SITI ZUBAIDAH BINTI ISHAK
Umur  : 32 Tahun
Ahli  : 6 April 2016

Latar belakang

Kisah Kejayaan Usahawan Online 1 Q4 2020 kali ini kami memilih Siti Zubaidah bt Ishak. Lahir pada 27 Jun 1988 di Kedah dan kini berumur 32 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan tinggal bersama keluarga di No 36B Jalan Kg. Hijrah Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin Pahang. Telah berkahwin dan kin telah mempunyai 2 orang cahaya mata. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat SPM di sekolah
Menengah Kebangsaaan Rompin. Beliau bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai tukang cuci.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT di pusat internet, Puan Siti sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh pusat internet tetapi beliau belum pernah mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di sini. Mula terlibat dengan kelas ICT selepas beliau memerlukan sijil latihan komputer untuk memohon pekerjaan. Oleh yang demikian, beliau mengikuti kelas di PI Kg Simpang
Sepayang. Pengetahuan berkaitan komputer dan internet beliau pada ketika itu di tahap pengetahuan asas. Oleh yang demikian merupakan sebab lain beliau bertekad untuk mengikuti kelas komputer yang disediakan di Pusat Internet Simpang sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas ICT di pusat internet, beliau semakin mahir untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terkandung dalam setiap aplikasi tersebut mengikut modul yang telah diberikan oleh pihak PI. selian memahirkan lagi kepantasan beliau untuk menaip menggunakan format yang telah disediakan. Selain penglibatak dengan kelas asas koputer dan ms office, Puan Siti juga mengikiti kelas keusahwanan sebagai bekalan beliau untuk memulakan perniagaan atas talian. Antara kelas Usahawan yang beliau sertai ialah Asas Perniagaa, Perniagaan Atas Talian (Shopee) dan bengkel photo dan editing gambar. Ilmu yang diperolehi oleh beliau sedikit sebanyak diaplikasikan ke dalam sistem perniagaan beliau agar lebih meluas dan
sistematik sekaligus membantu beliau meningkatkan taraf ekonomi keluarga beliau.

  

BELAJAR KELAS ICT

Nama  : PN. MASLIHA BINTI ISMAIL
Umur  : 53 TAHUN
Ahli  : 21 JULAI 2019

Latar belakang

Kali ini bagi Kisah kejayaan Celik IT Q1 2021 Pi simpang Sepayang kami memilih Puan Masleha binti Ismail. Dilahirkan Di Negeri Selangor pada 24 Oktober 1968 dan kini berusia 53 Tahun. Puan Masleha binti Ismail atau nama samaran Puan Masleha merupakan suri rumah dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang telahmeningkat dewasa. Beliau berpindah dan menetap di Kuala Rompin Pahang sejak berkahwin lagi iaitu di Rumah Pemulihan Banjir kampung simpang sepayang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malayisia (SPM)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Memandangkan pada zaman beliau sekolah kemudahan dan penggunaan ICT pada zaman beliau tidak terlalu meluas. Teknologi pada ketika itu juga tidak semoden zaman sekarang. Ditambah pula dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan taraf pendidikan hanya di peringkat SPM, taraf pendidikan dan pengetahuan ICT beliau pada ketika itu boleh dikategorikan sebagai sifar. Namun semenjak anak-anak beliau meningkat dewasa Puan Masleha mula berjinak-jinak menggunakan peralatan teknologi iaitu telefon pintar yang mana pada ketika itu beliau hanya belajar daripada anak-anak. Bermula dari situ beliau sedikit sebanyak mula menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook, instagram dan Whatapp.Namun penggunaan dan pengetahuan ketika itu hanyalah di peringkat pengetahuan asas penggunaan dan sederhana  mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bermula dengan penglibatan program bersama anjuran pusat internet membuka ruang dan peluang kepada beliau untuk lebih mendalami ilmu ICT. Memandangkan di Pusat Internet ada menawarkan program Bengkel ICT yang tebuka kepada pelbagai peringkat umur, menjadikan beliau berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan. Bermula dengan Kursus asas pengetahuan ICT beliau mula mempelajari cara menggunakan komputer, dan cara penjagaan komputer. Seterusnya bengkel Advolasi menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi ICT terutamaya yang melibatan internet. Memandangkan beliau minat untuk berniaga dan mempunyai kemahiran membuat kek gulung dan kuih tradisional, beliau telah mengikuti program Kelas Asas Usahawan dimana didalam bengkel tersebut beliau belajar teknik mengambil gambar produk yang menarik, aplikasi mengedit gambar, cara mempromosi produk di atas talian dan cara memancing pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Yang terbaru Puan Masleha mengikuti kelas Perniagaan atas Talian iaitu Shopee. Oleh yang demikian selepas penglibatan beliau dengan bengkel anjuran Pusat internet, beliau sedikit sebanyak telah mempelajari ilmu keusahawanan dan kini telah mempunyai Platform Perniagaan sendiri di dalam Shopee.

  

Nama  : PN NOR HADHILAH BINTI AB HAMID
 Umur  : 30 Tahun
 Ahli  : 25 SEPTEMBER 2020

Latar belakang

Kali ini bagi Usahawan Online 2 Q4 2020 Pi simpang Sepayang kami memilih Nor Hadhilah Binti Ab Hamid Rompin, Pahang pada 14 April 1990  dan kini berusia 30 Tahun. Puan Hadhilah merupakan anak sulong dan telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Kini beliau telah menetap di No 26 Taman Pontian Jaya, 26800 Kuala Rompin Pahang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat  sarjana muda Komunikasi di USM. Beliau bekerja di klinik swasta di Kuala Rompin Pahang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan Hadhilah  merupakan pelajar graduan lepasan ijazah sarjana muda Komunikasi. Oleh itu pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet dikategorikan  mahir. Namun beliau tidak pernah mengikuti kursus keusahawanan dan perniagaan atas talian.  Beliau mempunyai perniagaan kecil-kecilan iaitu membuat kek dan menjahit pakaian. Namun promosi dan jualan hanya tertumpu pada kenalan terdekat. Memandangkan dunia kini zaman dihujung jari menarik minat beliau untuk mendalami bidang keusahawanan terutamanya dalam usahawan atas talian. Ini meruoakan salah satu sebab kenapa beliau bercadang untuk mengikuti bengkel keusahawanan yang telah disediakan di Pusat Internet ditambah pula cas yang dikenakan adalah percuma.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada September 2020 beliau berjumpa dengan kakitangan Pusat internet untuk mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet dan menyatakan hasrat beliau untuk mengikuti program usahawan anjuran pusat internet. Ternyata kedatangan eliau disambut baik oleh petugas pusat internet, dan petugas telah menetapkan tarikh utnuk bengkel yang bakal beliau sertai. Hasil penglibatan beliau dengan bengkel usahawan di Pusat internet beliau telah mempelajari asas pengurusan perniagaan dan perniagaan atas talian Shopee.Kkini beliau telah pun mempunyai akaun shopee sendiri dan masih lagi dalam peringkat awal penjualan dan promosi produk di atas talian. Beliau juga mula mempromosi produk beliau di laman rangkaian sosial iaitu facebook. Kini belaiu masih lagi dalam proses mengumpul ilmu bidang perniagaan bersama pusat internet.