Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Nur Hafizah Binti Mohd Isa berumur 29 tahun merupakan anak kelahiran Kuala Rompin telah mula menetap di No 8A PPRT Desa Murni , Kuala Rompin bersama orang tuanya. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Hospitaliti dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia.

Sebelum ini beliau pernah bekerja di sebuah kilang  selama setahun dan berhenti kerana menerima tawaran pekerjaan di sebuah syarikat swasta sebagai manager selepas setahun beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung karana masalah keluarga. Sejak pada itu beliau membuat pekerjaan sebagai penanam cili dan memasarkan hasil tanaman beliau ke pasar-pasar sekita kuala rompin dan endau. Namun kini hasil jualan cili beliau semakin merosot dan ini membuat kan beliau mencari inisiatif lain untuk menambah punca pendapatan iaitu dengan menghasilkan aksesori homemade seperti keronsang, klip rambut dan cekak rambut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mula mendaftar sebagai ahli dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Internet sejak tahun 2009 lagi. Pada ketika itu beliau masih lagi bersekolah. Awal kehadiran beliau di pusat internet pada ketika itu adalah kerana beliau langsung tidak tahu menggunakan komputer. Pada masa itu kemahiran komputer diperlukan untuk membuat kerja sekolah dan untuk mencari bahan-bahan pelajaran,  beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus komputer. Memandangkan pada ketika itu Pusat internet baru sahaja beroperasi di Kampung Simpang Sepayang dan ada menawarkan perkhidmatan bengkel komputer, beliau bersama beberapa rakan sekelas beliau datang ke pusat internet untuk mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet sekali gus membuat temujanji kelas komputer pada musim cuti sekolah.  Bermula pada situ lah beliau mula mempelajari komputer dan mahir menggunakan komputer dan menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat internet sehingga beliau tamat belajar di universiti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mula menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet selepa beliau berhenti kerja dan pulang ke kampung. Ketika itu beliau menggunakan internet untuk mencari info berkaitan dengan penanaman cili kampung. Dengan bantuan petugas pusat internet pada ketika itu beliau memudahkan kerja beliau mencari info-info yang diperlukan dengan mudah dan cepat.

Di Pusat internet jugalah tercetusnya idea beliau untuk membuat perniagaan sampingan selain menjual cili, iaitu menghasilkan homemade aksesori untuk menambah punca pendapatan beliau , memandangkan pernanaman dan hasil jualan cili beliau pada masa itu semakin merosot kerana masalah cuaca dan diserang serangga. Petugas pusat internet sedikit sebanyak membantu beliau mencari video tutorial, mencari agen jualan bahan yang diperlukan pada kadar harga yang murah dan mencari idea-idea untuk menghasilkan aksesori yang unit dan menarik untuk dijual.

Jika sebelum ini hasil homade yang di buat oleh beliau hanya dijual kepada kenalan di sekitar rompin iaitu secara offline ,namun memandangkan dunia teknologi semakin meluas dan peniaga online semakin bertambah bagaikan cendawan, memberikan kesedaran kepada beliau untuk memasarkan hasil kraf beliau ke peringkat yang lebih meluas iaitu secara online yang mana tidak tertumput di sekitar rompin.

Oleh itu beliau baru sahaja mengikuti kursus keusahawanan di Pusat internet iaitu mempelajari bagaimana menjual aksesori homemade beliau di bawah platform shopee. Jualan di bawah shopee baru sahaja dibuat dan masih lagi dalam tempoh pembelajaran untuk meningkatkan hasil jualan. Buat masa kini belaiu baru mendapat 3 tempahan dari pengguna shopee. Pada beliau ini baru permulaan yang memberikan gambaran positive jika beliau terus berusaha mempertingkatkan mutu promosi dan dan produk beliau.

Selain itu dengan Pusat internet juga beliau mengambil peluang untuk memasarkan produk beliau di bawah platform Dashboard Komuniti iaitu My shop yang disediakan dan diuruskan oleh Pusat internet. Oleh itu beliau telah pun memuat turun aplikasi dashboard komuniti ke telefon mudah alih beliau dan memuat naik produk-produk beliau ke dalam aplikasi tersebut.

    

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Norida binti abdul Aziz. Suri rumah dan Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan anak kelahiran Pahang telah mula menetap di No 9 Taman Harmoni, Kampung Simpang Sepayang sejak tahun 2006 hingga kini kerana mengikut suami. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM) dengan keputusan sederhana cemerlang.

 

Namun oleh kerana minat berniaga dan ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini , sejak tahun 2017 beliau mula menjinakkan  diri dalam dunia perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual pakaian di pasar malam dan hingga kini beliau masih  lagi meneruskan perniagaan tersebut. Kini beliau telah mempelbagaikan produk jualan beliau seperti produk kesihatan dan produk kecantikan.  Selain berniaga di pasar- pasar malam beliau juga ada menjual produk tersebut secara atas talian iaitu melaui facebook, whatapp dan blog sejajar dengan perkembangan negara yang semakin maju.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT beliau hanya berniaga menjual pakaian yang di ambil secara borong kepada pemborong. Konsep jualan yang diketangahkan pada masa itu adalah melalui jualan secara langsung kepada kenalan-kenalan terdekat dan membuka gerai jualan di pasar-pasar malam sekitar Rompin dan Tanjung Gemok Pahang.dan Cara promosi pada masa itu juga hanyalah dari mulut kemulut. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun selepas terdedah dengan kepentingan penggunaan ICT beliau mengambil keputusan untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam bagi memperkembangkan lagi perniagaan beliau. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di pusat internet. Setelah mengikuti kursus di pusat internet beliau telah menggunakan rangkaian sosial sebagai platform untuk menjual dan mempromosi perniagaan beliau. Kini belaiu telah mempelbagaikan perniagaan beliau dengan menjual pelbagai jualan selain pakaian iaitu produk kecantikan dan produk kesihatan. Beliau juga ada mengikuti kursus dan kumpulan  jualan atas talian secara online yang ditawarkan di laman sosial iaitu facebook seperti kumpulan AS Legacy,  kumpulan pemborong baju murah. Ternyata selepas menjadikan laman rangkaian sosial seperti facebook, Instagram dan whatapps jualan beliau semakin meningkat dari bulan ke bulan. Secara tidak langsung meningkatkan pendapatan beliau sekeluarga. Akan datang beliau akan mengikuti kursus Shopee anjuran pusat interener yang mana untuk memperluaskan dan mempelbagaikan platform perniagaan beliau.

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q3 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Cik Noraini Binti Hashim atau lebih dikenali sebagai emy. Beliau merupakan anak jati kuala Rompin Pahang yang kini menetap di Kampung Lebn Chondong. Beliau bekerja sebagai seorang kerani di pejabat DUN Tioman. Beliau pada awalnya menjadikan bidang Bakeri hanya sebagai minat dan untuk mengisi masa lapang. Beliau sebenarnya tidak mempunyai asas membuat kek dan kerana minat beliau mula belajar cara membuat adunan melalui internet dan kenalan di muka buku.  Namun berkat usaha yang gigih dalam menghasilkan kek yang enak dikukuhkan lagi dengan minat yang mendalam, kini menjadikan beliau mahir dalam menghasilkan kek pelbagai perisa dan pelbagai jenis adunan roti.

Pada awal tahun 2018 beliau hanya menerima tempahan kek dari rakan sepejabat, saudara mara dan jiran tetangga. Sedikit-demi sedikit hebahan bakeri air tangan beliau mula tersebar daripada pelanggan-pelanggan beliau yang pernah mencuba kek beliau. Di situ lah beliau mula serius dalam mengusahakan Perniagaan Bakeri.dan kini usaha beliau membuahkan hasil kerana hasil daripada jualan, beliau mampu mempunyai kedai kek bakeri sendiri yang mana menerima dan menjual pelbagai jenis kek dan roti juga menjual peralatan dan bahan membuat kek pada hujung tahun 2019 ini.

Beliau sedar selain kemahiran, ilmu dan sijil juga penting dalam menjadikan sesebuah perniagaan itu Berjaya. Oleh itu beliau mengambil peluang dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan yang ditawarkan oleh beberapa agensi di Kuala Rompin seperti Kolej Komuniti, KEMAS dan Pusat Internet. Antara kursus yang beliau ikuti ialah kursus Sijil Halal, Kursus bakeri dan hiasan, Bengkel pemasaran dan promosi, Kursus kewangan dan banyak lagi. Ini kerana Beliau masih lagi mencari peluang-peluang menimba ilmu bidang perniagaan dan bakeri bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kualiti produk beliau di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tanpa ilmu yang diperolehi dari media sosial yang dikongsi oleh kenalan-kenalan mungkin beliau tidak mampu merialisasikan impian beliau menjadi seorang pengusaha bakeri. Beliau mungkin hanya menyimpan minat dan cita-cita menjadi pengusaha bakeri yang berjaya. Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga dari rumah dan menjual produk dengan menghantar kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut dan w.sapp sahaja. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan lain lain agensi, beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan facebook dan muat naik ke dalam status whatapp. Dengan cara ini beliau dapat mewawarkan perniagaan beliau kepada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja. Selain itu binaan ayat-ayat menarik mampu memancing pelanggan untuk mencuba produk jualan beliau. Penglibatan dalam bengkel blog juga mampu menarik ramai pelanggan setrerusnya membantu mempertingkatkan jualan produk beliau. Manakala melalui bengkel advokasi iaitu etika penggunaan teknologi dan klik dengan bijak menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi terutamanya ketika membuat transaksi jual beli agar tidak menjadi mangsa jenayah siber dan sekaligus menjadikn beliau pengguna yang bertanggungjawab.

  

  

BELAJAR KELAS ICT  

 Nama  : Pn. Norida bt Aziz
 Umur  : 36 Tahun
 Ahli  : 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet yang telah lama menggunakan perkhidmatan di pusat internet seperti perkhidmatan Photostat dan menaip sejak tahun 2015. Beliau adalah Puan Norida binti abdul Aziz. Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan anak kelahiran Pahang telah mula menetap di No 9 Taman Harmoni, Kampung Simpang Sepayang sejak 2015 kerana mengikut suami. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM) dengan keputusan sederhana cemerlang. Sejak tahun 2017 beliau mula menjinakkan  diri dalam dunia perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual pakaian di pasar malam dan hingga kini beliau masih  lagi meneruskan perniagaan tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan bengkel komputer anjuran pusat internet, Puan Norida langsung tidak tahun menggunakan komputer kerana beliau tidak pernah menggunkananya dalam erti kata lain pengetahuan mengenai komputer sifar. Alat elektronik yang beliau biasa gunakan hanyalah telefon pintar itu pun hanya untuk melayari laman sosial dan what apps. Oleh yang demikian di awal kelas pengenalan komputer beliau agak kekok menggerakkan tetikus dan menggunkan papan kekunci. Selain kekok beliau juga terasa gementar dan sedikit risau ketika membiasa kan diri dengan komputer kerana bimbang komputer tersebut rosak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun setelah diyakinkan oleh petugas dan petugas memberikan jaminan kepada beliau bahawa kerosakkan sesebuah komputer tidak berpunca daripada kesilapan-kesilapan kecil seperti tersalah tekan atau sebagainya, ini memberikan keyakinan kepada puan Norida untuk lebih berani  menjelajah persekitan komputer dan mengetahui lebih lanjut mengenai komputer. Seperti biasa petugas membiasakan diri Puan Norida dengan pengetahuan asas kepada komponen komputer dan memberikan latihan kemahiran tertutamanya untuk menggerakkan tetikus bagi memudahkan sesuatu kerja dan arahan dibuat. Selain itu Puan Norida diberikan taklimat tip-tip penjagaan komputer , bengkel menaip, dan bengkel internet. Jika sebelum ini Puan Norida berasa takut-takut untuk menggunakan komputer namun kini beliau lebih yakin, berani dan bersemangat menggunakannya. Beliau tahu dengan kemahiran menggunakan komputer , banyak kegunaannya kepada beliau dan beliau lebih selesa melayari internet menggunakan komputer kerana saiz screen yang lebih besar dan jelas.. Dan yang pastinya merubah persepsi beliau selama kerana  beliau berpendapat penggunaan komputer hanyalah untuk golongan anak-anak dan tiada keperluan kepada mereka-mereka yang seusia dengan beliau atau lebih tua dari beliau.

  

  

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q3 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Kamisah Binti Karim atau lebih dikenali sebagai kak Cha. Beliau merupakan anak jati kuala Rompin Pahang dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau mula berniaga secara suka-suka pada tahun 2013 sebagai penjual nasi lemak dan kuih di warung secara kecil-kecilan. Namun semenjak Januari 2017 sejajar dengan peredaran zaman yang semakin membangun dimana orang mula berniaga secara online beliau mula menyimpan minat dan mengambil serius dalam bidang perniagaan dan telah mencuba untuk menjual produk kesihatan diatas talian. Setelah mendapat ramai pelanggan dan kenalan di facebook beliau mencuba untuk  mempelbagaikan lagi jenis jualan produk di atas talian disamping menerima tempahan catering di sekitar kediaman beliau.

Berbekalkan pengetahuan asas, beliau memberanikan diri untuk mengasah pengetahuan beliau dan memperdalami ilmu perniagaan atas talian dengan menglibatkan diri menyertai bengkel usahawan anjuran beberapa agensi di sekitar rompin seperti Pusat Internet & ACER Empower. Antara bengkel yang beliau telah sertai adalah  bengkel cara dan tips promosi atas talian, Bengkel kewangan, dan bengkel teknik photografi. Ternyata untuk Berjaya dalam sesuatu perniagaan, ilmu bidang perniagaan adalah penting bagi memastikan perniagaan kita maju dan berjaya. Ini kerana selepas beliau menyertai bengkel tersebut jualan terhadap produk beliau semakin meningkat dengan pancingan ayat-ayat dan gambar produk yang menarik. Dan lejar kewangan yang sistematik membantu beliau mengenalpasti dan mengkaji untung rugi setiap jualan produk beliau. Kini beliau masih mempraktikkan ilmu yang beliau perolehi dan bercadang untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan lagi jualan produk beliau di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga di warung, menjaja dan menjual produk kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan ECER Empower beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan facebook dan muat naik kedalam status whatapp. Dengan cara ini beliau dapat mewarkan-warkan perniagaan beliau ke pada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja. Selain itu binaan ayat-ayat menarik mampu memancing pelanggan untuk mencuba produk jualan beliau. Penglibatan dalam bengkel teknik photografi dalam menghasilkan  gambar produk yang menarik dan jelas juga membantu mempertingkatkan jualan produk beliau. Serta bengkel kewangan membantu beliau menyediakan kunci kira yang lebih sistematik dan teratur membolehkan beliau meletakkan target capaian jualan dan mengenalpasti untung rugi setiap produk yang terjual. Manakala melalui bengkel advokasi iaitu etika penggunaan teknologi dan klik dengan bijak menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi terutamanya ketika membuat transaksi jual beli agar tidak menjadi mangsa jenayah siber dan sekaligus menjadikn beliau  pengguna yang bertanggungjawab.