Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q1 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Mazlina binti Che Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Maz. Kak Maz merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang baru sahaja beberapa minggu mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Kak Maz telah diajar tentang pengenalan komputer, Microsoft Office Word 2010 dan Excel 2010. Selain itu, beliau juga telah diberi taklimat mengenai Pusat Internet dan Dashboard Komuniti.  Kak Maz merupakan seorang suri rumah yang mana beliau aktif berniaga secara offline iaitu berniaga produk makanan (sate) di Leban Chondong. Kak Maz menjalankan perniagaan ini bagi menambahkan lagi pendapatan isi rumah beliau disamping minat dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan Kak Maz dengan pusat internet, beliau ada sedikit asas tentang penggunaan Microsoft Office tetapi tidak mahir menggunakannya. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet untuk belajar dari awal pengenalan komputer dan kelas seterusnya sehingga berjaya mendpaat sijil komputer. Kebiasaannya, tempahan sate yang beliau ambil adalah melalui aplikasi WhatsApps dan telefon sahaja. Oleh itu, beliau ingin mempekajari ilmu untuk mempromosikan lagi perniagaan sate beliau secara online dan meluas selain apa yang telah beliau lakukan sebelum ini. Kedatangan Kak Maz untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan Kak Maz dengan menghadiri kelas di Pusat internet, Kak Maz semakin mahir menggunakan komputer dan semakin mahir untuk perisian Microsoft Office. Beliau telah diajar cara untuk membuat poster perniagaan menggunakan Microsoft Office Word 2010, dan juga membuat kunci kira-kira menggunakan Microsoft Office Excel 2010. Kak Maz masih meneruskan kelas komputer seperti biasa dan banyak lagi yang akan beliau pelajari selepas ini selain untuk memasarkan dan mempromosikan lagi produk sate beliau.

  

BELAJAR KELAS ICT  

Nama : IRFAN ALI HAKIM BIN MOHD KHAIRUZI
Umur : 9 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q1 2019, kami memilih salah seorang Ahli PI Kg Simpang Sepayang yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI Kg Simpang. Adik Irfan Alif Hakim telah mengikuti kelas ICT antaranya ialah kelas Pengenalan Komuter, Microsoft Office 2010 (Word, Excel, Power Point), Internet, Dashboard Komuniti dan Klik dengan Bijak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan/penglibatan Adik Irfan Alif Hakim, beliau hanya datang ke Pusat Internet bersama abangnya untuk melihat Youtube sahaja. Tiada pendedahan tentang asas ICT dan Microsoft Office. Oleh yang demikian, semasa cuti sekolah tahun lepas (2018) beliau bersama abangnya telah datang belajar kelas komputer di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan Adik Irfan Alif Hakim dalam kelas ICT dan Microsoft Office di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang, beliau semakin mahirdan menaip lebih pantas dalam menggunakan Microsoft Office Word, Excel, dan Power Point 2010. Beliau juga semakin celik it selepas terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet.

  

Nama : PN. ROSIDA BT KAMIS
Umur : 33 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q4 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Rosida bt Kamis atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ros. Kak Ros merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang pernah mengikuti kelas keusahawanan (E-rezeki), kelas e-usahawan (Membuat Cover Page untuk perkhidmatan yang ditawarkan, Fb Ads) dan kelas dashboard Komuniti. Kak Ros merupakan seorang Suri rumah yang mana beliau aktif berniaga secara offline dan online untuk perkhidmatan pakej-pakej percutian ke seluruh negara.  Kak ros menjalankan perniagaan ini bagi menambahkan lagi pendapatan isi rumah beliau disamping minat dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Kak ros dengan pusat internet, Kak ros memang telah berniaga secara online dan offline tetapi Kak ros hanya fokus kepada menggunakan Facebook sahaja. Kak ros tidak ada ilmu yang meluas mengenai Fb Ads / Fb Page yang mana melalui platform ini dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan yang ingin menenmpah dari Kak ros. Tempahan yang beliau ambil adalah melalui aplikasi WhatsApps dan Facebook. Selain itu, tempahan yang beliau dapat kadangkala banyak dan ada masanya sedikit dan tidak menentu. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Simpang Sepayang untuk belajar ilmu keusahawanan bagaimana untuk mempromosikan dan meningkatkan lagi jualan produk perkhidmatan beliau secara meluas selain apa yang telah beliau lakukan sebelum ini. Kedatangan Kak ros untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan Kak ros dengan menghadiri kelas keusahawanan di Pusat internet (PI), jualan produk perkhidmatan beliau makin meningkat dari sehari ke sehari. Beliau juga semakin pandai untuk membuat ayat power (Copywriting) untuk promosikan produk perkhidmatan beliau.  Antara yang beliau pelajari di PI ialah Latihan asas keusahawanan, Latihan e-Usahawan, Fb-Ads, Fb Page, Latihan E-rezeki dan Dashboard Komuniti (My Shop). Selain itu, kak ros juga turut memasukkan pakej pekhidmatan beliau secara online menggunakan Aplikasi Dashboard My Shop dan Instagram selain Facebook dan WhatApps. Beliau turut mengikuti kelas e-rezeki yang mana beliau boleh menjana pendapatan sampingan menggunakan pelbagai platform yang disediakan.

        

Nama : CIK RABIATUL NABILAH BT NORMAN
Umur : 21 tahun
Ahli : 2010

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q4 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang iaitu saudari Rabiatul Nabilah binti Norman atau dikenali sebagai Nabilah. Beliau merupakan seorang Jurusolek untuk pelbagai majlis dan juga pembantu kedai sebagai pekerjaan sampingan. Mempunyai pelbagai sijil daripada kelas solekan beliau telah memberikan perkhidmatan solek kepada ramai pelanggan yang memerlukan perkhidmatan solekan dari beliau. Kemahiran yang beliau ada telah memberikan sedikit sebanyak sumber pendapatan dalam usia yang muda. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet antaranya ialah kelas Asas ICT, kelas asas keusahawanan, dashboard komuniti dan lain-lain. Ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya untuk beliau mempromosikan perkhidmatan beliau secara online. Beliau mempromosikan perkhidmatan beliau, beliau menggunakan Facebook dan Instagram secara atas talian. Antara tempahan perkhidmatan solekan yang beliau ambil ialah untuk solekan asas, pertunangan, perkahwinan, dan pelbagai majlis lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saudari Nabilah sering datang ke pusat internet untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet tetapi beliau tidak terlibat secara serius untuk mengikuti kelas. Beliau juga tahu serba sedikit kemahiran asas komputer dan penggunaan ICT. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Simpang Sepayang untuk belajar kelas ICT dan juga kelas keusahawanan bagi mempromosikan lagi perkhidmatan solekan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI Kg Simpang Sepayang banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir bagaimana untuk memasarkan produk/perkhidmatan secara atas talian menggunakan platform Facebook, Instagram dan Dashboard My Shop. Pihak petugas PI telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram

      

BELAJAR KELAS ICT  

Nama : SITI MASOHA BT R.AZMI
Umur : 24 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q4 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI Kg Simpang Sepayang yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI Kg Simpang. Pn Siti Masoha atau lebih mesra dipanggi Wawa telah mengikuti kelas antaranya ialah kelas Microsoft Office 2010 (Word, Excel, Power Point), Internet & E-mel, Dashboard Komuniti dan Kelas Keusahawanan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan/penglibatan Wawa, beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Sebelum ini beliau hanya tahu asas ICT dan tidak terlalu mahir di dalam penggunaan komputer. Oleh yang demikian, beliau telah datang belajr kelas komuter pada hujung minggu untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Siti Masoha (Wawa) selalu mengikuti program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau berminat untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet kerana untuk menambahkan lagi pengetahuan dan memahirkan beliau dalam penggunaan Microsoft Office dan ilmu keusahawanan. Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam pelbagai perkara antaranya lebih pantas menaip, semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan ilmu keusahawanan. Beliau juga semakin celik it dalam menggunakan komputer dan semakin baik selepas terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet.