Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online untuk Q2 2020 kali ini kami memilih Puan Hanim Afzan binti abd Rahim. Lahir pada 26 Februari 1979 di Mersing dan kini berumur 41 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan mula menetap di Kampung simpang semenjak berkahwin iaitu pada tahun 2008 Di alamat F20 Kampung Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin Pahang Darul Makmur..Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Sebelum ini beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pelbagai produk seperti egen Tuperware, menjual produk Kesihatan dan Makanan. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah menengah Kebangsaan Kuala Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tahap pengetahuan ICT Puan Hanim sebelum penglibatan dengan kelas ICT boleh dikatakan pada ketika itu adalah sifar. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini apatah lagi menggunkan internet. Sebelum beliau mempelajari ICT di pusat
internet, beliau tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Punca pendapatan beliau sekeluarga hanya bergantung kepada suaminya yang menerima upah kerja-kerja pembinaan. Ekoran daripada peningkatan kos sara hidup, beliau membuat keputusan untuk membantu suaminya menambah punca pendapatan. Oleh yang demikian beliau mula berniaga kecil-kecilan menjual makanan dengan meletakkan di beberapa kedai di sekitar kampung sepayang termasuklah di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan dengan pusat internet beliau mula menjadikan internet sebagai platform untuk beliau berniaga. Beliau mula mencari resepi-resepi masakan dan mencari idea produk yang boleh dijadikan jualan Beliau juga mula mempromosi dan meletakan produk beliau di platform facebook, whatapp dan my shop. Kaedah ini sedikit sebanyak membantu beliau meluaskan lagi produk yang beliau jual yang mana tidak tertumpu
hanya kepada kenalan rapat sahaja. Kaedah ini juga memudahkan kerja beliau untuk menarik lebih ramai pelanggan dan menerima tempahan Sejak meletakkan produk jualan beliau di atas talian, banyak produk beliau laris terjual. Antara produk yang menjadi kegemaran pelanggan ialah kek lapis serawak dan produk Tuperware. Ini sedikit sebanyak dapat membantu suami beliau menambah punca pendapat keluarga.

  

 

 

BELAJAR KELAS ICT  

 Nama  : PN. HANIM AFZAN BT ABD RAHIM
 Umur  : 41 Tahun
 Ahli  : September 2017

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q2 2020 kali ini kami memilih Puan Hanim Afzanbinti abd Rahim. Lahir pada 26 Februari 1979 di Mersing dan kini berumur 41 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan mula menetap di Kampung simpang semenjak berkahwin iaitu pada tahun 2008 Di alamat F20 Kampung Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin Pahang Darul Makmur..Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa.Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah menengah Kebangsaan Kuala Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berjinak dengan program yang dianjurkan di pusat internet beliau hanyasekadar menghantar anak-anak beliau ke Pusat internet untuk menggunkan kemudahan yang disediakan di pusat internet. Tidak pernah tergerak hati untuk melangkah masuk ke dalam pusat internet sehinggalah di sapa oleh salah seorang dari petugas pusat internet untuk terlibat bersama dalam menjayakan beberapa program-program yang dianjurkan.
Sejak dari itu barulah beliau menyedari bahawa perkhidmatan yang disediakan khususnya kelas / bengkel di pusat interent tidak hanya tertumpu kepada pelajar sekolah sebaliknya untuk semua peringkat umur. Menyedari kelemahan beliau terutamanya dalam dunia ICT menjadikan beliau berminat untuk mendalami ilmu teknologi melalui penglibatan diri dengan program dan kelas anjuran pUsat internet. Memandangkan pada
ketika itu belaiu langsung tiada pengetahuan tentang ICT, beliau dinasihatkan oleh petugas pusat internet untuk mengikuti kelas bermula daripada pengetahuan asas teknologi dan mengikuti kelas secara berperingkat sehingga ke peringkat yang lebih mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan bengkel dan kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet, jika sebelum ini beliau tidak pernah menggunakan komputer malah menggerakkan tetikus pun tidak pernah,, kini banyak perubahan dalam ilmu ICT beliau pelajari. Antaranya beliau semakin mahir menjelajah komputer dan internet. Beliau mula bijak mencari bahan bacaan seperti resepi masakan dan pengetahuan am di dalam internet. Melalui internet
juga beliau dapat mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak di laman web yang disediakan oleh kementerian Pendidikan. Selain itu melalui kelas internet yang diikuti, beliau dapat mencari dan menonton drama kegemaran beliau di Youtube sebagai hiburan seharian beliau. Pencapaian lebih cemerlang dalam bidang ICT selepas pengglibatan dengan bengkel anjuran Pusat internet, beliau dapat mempelajari cara mempromosi
perniagaan di atas talian melaui platform whasapp, facebook, my shop dan shopee. Secara tidak langsung dengan berjinak dalam dunia perniagaan beliau dapat menbantu suami beliau mencari punca pendapatan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi keluarga beliau.

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q1 2020, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Kartini binti Ismail @ Matali. Bekerja di sebuah syarikat swasta di daerah Rompin dan Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan anak kelahiran Pahang.  Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah Diploma.

Pn Kartini berniaga secara offline dan online yang mana produk yang dipasarkan adalah pelbagai iaitu produk makanan, dan kesihatan.  Beliau menjual menggunakaan medium seperti  facebook dan whatapp kerana lebih mudah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT beliau hanya tertumpu kedapa kerja hakiki sahaja. Namun setelah adanya peningkatan dalam kos hidup sedikit sebanyak memberikan beliau idea untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau sering datang ke Pusat internet tetapi hanya menggunakan perkhidmatan dan internet wifi atas urusan kerja sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun selepas terdedah dengan kepentingan penggunaan ICT beliau mengambil keputusan untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam bagi memperkembangkan lagi perniagaan beliau. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di pusat internet. Setelah mengikuti kursus di pusat internet beliau telah menggunakan rangkaian sosial sebagai platform untuk menjual dan mempromosi perniagaan beliau. Kini belaiu telah mempelbagaikan perniagaan beliau dengan menjual pelbagai jualan selain makanan iaitu produk kecantikan dan produk kesihatan. Ternyata selepas menjadikan laman rangkaian sosial seperti facebook, Instagram dan whatapps jualan beliau semakin meningkat dari bulan ke bulan. Secara tidak langsung meningkatkan pendapatan beliau sekeluarga. Pn Kartini telah mengikuti kelas usahawan Shopee yang mana beliau diajar cara untuk mendaftar, memasukkan produk dan menjual menggunakan platform Shopee untuk memperluaskan lagi produk jualan beliau.

  

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q1 2020, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Junaidah binti Khalid. Seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Pn Junaidah atau lebih dikenali dengan panggilan kak ju berasal dari Kg Janglau dan telah berkahwin dengan penduduk kg Ssimpang sepayang.

Pn Junaidah telah menjalankan beberapa perniagaan secara offline dan online dengan menjual beberapa produk kawan kawan. Beliau menjual menggunakaan medium mulut ke mulut kerana lebih mudah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT beliau hanya sebagai suri rumah sahaja. Namun setelah adanya peningkatan dalam kos hidup sedikit sebanyak memberikan beliau idea untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau sering datang ke Pusat internet tetapi hanya menggunakan perkhidmatan dan komputer sahaja. Beliau sering datang untuk melihat video bersama anak anak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas pusat internet telah membantu beliau untuk mengikuti kelas yang telah dianjurkan oleh pusat internet. Namun selepas terdedah dengan kepentingan penggunaan ICT beliau mengambil keputusan untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam dan beliau telah diajar cara cara untuk memperkembangkan lagi pemahaman tentang perniagaan beliau. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di pusat internet. Beliau telah diajar tentang ilmu keusahawanan yang mana dapat meningkatkan lagi jualan produk beliau. Antara kelas yang telah kak ju ikuti ialah kelas keusahawanan dan kelas microsoft office serta dashboard komuniti (my shop). Dengan adanya sedikit ilmu yang telah diajar sedikit sebanyak dapat menigkatkan jumlah pendapatan sampingan beliau dan keluarga.

  

 

BELAJAR KELAS ICT  

 Nama  : Mr. Lee Hock Lai
 Umur  : 67 Tahun
 Ahli  : Julai 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q1 2020, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet yang berbangsa Cina. Mr Lee Hock Lai atau lebih dikenali sebagai Uncle Lee. Beliau telah datang ke pusat internet dan berminat untuk menjadi ahli sekaligus belajar kelas ICT sehingga habis semua modul yang telah ditetapkan oleh pihak pusat internet. Berumur 67 tahun tidak menghalang untuk beliau belajar Microsoft office dan kelas internet untuk kegunaan beliau dalam bidang perniagaan yang beliau usahakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan kelas di pusat internet, Uncle Lee ada menggunakan komputer di rumah tetapi tidak mahir dengan menu menu yang terdapat di dalam Microsoft Office. Uncle Lee biasa menggunakan telefon pintar tetapi hanya untuk melayari laman sosial dan what apps serta e-mel sahaja. Oleh itu beliau datang dan ingin belajar walaupun usia yang telah lanjut tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar sesuatu yang baru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Uncle Lee telah mula mengikuti kelas di pusat internet pada bulan Ogos 2019 yang lalu. Bermula dengan kelas pengenalan komputer, microsoft office word, excel dan power point, internet dan e-mel. beliau mengambil masa selama 1 bulan untuk berjaya menghabiskan kesemua modul dan berjaya mendapat sijil tamat kelas komputer dari pusat internet. Uncle Lee seronok dapat belajar kerana banyak yang beliau tidak tahu dan sekarang telah pandai menggunakan perisian yang ada selain menambah lagi pelbagai ilmu pengetahuan beliau. Bak kata pepatah melayu, usia bukan penghalang untuk berjaya dan tuntutlah ilmu walau sampai ke negara cina.