BELAJAR KELAS ICT

Nama  : PN. NORILYANI BINTI AB HADI
Umur  : 43 TAHUN
Ahli  : 21 JULAI 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q2 2023 kali ini kami memilih Puan Norilyani Binti Ab Hadi. Puan Norilyani atau mesra dengan panggilan Kak Emi telah dilahirkan pada pada 22 September 1980 dan kini berusia 43 tahun .Merupakan Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang masing-masing bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat SPM iaitu di sekolah Menengah Tengku Abdullah Pekan. Anak kelahiran Pekan Bandar Diraja ini telah lama menetap di Simpang Sepayang iaitu di alamat No 1 Quarter Peladang, Simpang Sepayang Rompin Pahang sejak tahun 2019. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa disamping menjadi kerani kepada perniagaan suaminya. Suami beliau mempunyai perniagaan pengangkutan dan bekerja sebagai Pemandu Lori Sawit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum berjinak dengan program yang dianjurkan di PEDi beliau hanya sekadar menghantar anak-anak beliau ke PEDi untuk menggunkan kemudahan yang disediakan di PEDi. Tidak pernah tergerak hati untuk melibatkan diri dengan kelas dan aktiviti anjuran PEDi sehinggalah di sapa oleh salah seorang dari petugas PEDi untuk terlibat bersama dalam menjayakan beberapa program-program yang dianjurkan. Sejak dari itu barulah beliau menyedari bahawa perkhidmatan yang disediakan khususnya kelas / bengkel di PEDi tidak hanya tertumpu kepada pelajar sekolah sebaliknya untuk semua peringkat umur. Menyedari kelemahan beliau terutamanya dalam dunia ICT menjadikan beliau berminat untuk mendalami ilmu teknologi melalui penglibatan diri dengan program dan kelas anjuran PEDi. Harapan beliau pada ketika itu, dengan pembelajaran yang beliau perolehi di PEDi sedikit sebanyak dapat membantu beliau meringankan beban suami beliau dalam kerja-kerja merekodkan sebarang transaksi kewangan dan kerja kerja menaip surat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas terlibat dengan bengkel dan kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi, banyak perubahan dan ilmu ICT yang beliau telah perolehi. Daripada penglibatan beliau dengan kelas ICT, beliau dapat mengasah balik pengetahuan beliau tentang komputer yang telah lama beliau tinggalkan dan banyak fungsi-fungsi terbaru beliau pelajari yang terdapat dalam ms office terutamanya. Dengan pembelajaran tersebut, kini beliau mahir menaip menggunakan ms office word dan mahir merekod duit keluar masuk dan membuat kewangan menggunakan ms office excel. Kini beliau menjadi pembantu pribadi suami beliau dalam menguruskan kerja-kerja syarikat yang berkaitan dengan rekod, surat menyurat atau permohonan di atas talian Selain itu beliau mengaplikasikan pembelajaran yang di perolehi di PEDi dalam membantu anak-anak beliau menggunakan komputer untuk kegunaaan pembelajaran mereka terutamanya yang menglibatkan pembelajaran atas talian. Melalui pembelajaran tentang internet juga dapat mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak di laman web yang disediakan oleh kementerian Pendidikan. Selain itu melalui kelas internet yang diikuti, beliau dapat mencari dan menonton drama kegemaran beliau di Youtube sebagai hiburan seharian beliau.

   

Nama  : PN. NURDINEE BINTI BISTAMAM
Umur  : 32 TAHUN
Ahli  : 17 JULAI 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada kali ini kami memilih salah seorang Ahli PEDi iaitu Puan Nurdinee binti Bistamam atau lebih dikenali dengan panggilan Dinee. Pn. Dinee merupakan seorang usahawan yang menjual produk dropship (minyak wangi, tudung) dan plastik sampah auto close. Beliau menjual produk secara dropship kerana tidak memerlukan modal yang terlalu besar untuk memulakan sesuatu jenis perniagaan yang beliau ceburi.Pn. Dinee telah mengikuti kelas keusahawanan shopee yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pn. Dinee hanya menjual secara offline dan hanya sedikit platform online yang digunakan seperti whatApps group, facebook group dan lain-lain tetapi tidak menyeluruh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pn Dinee telah datang ke PEDi Kg Simpang Sepayang untuk mengikuti kelas dan bengkel Usahawan Shopee anjuran PEDi Kg Simpang Sepayang. Di dalam kelas dan bengkel usaahawan tersebut beliau telah belajar cara-cara untuk mendaftar akaun shopee, menetapkan pelbagai tetapan yang diperlukan, tips untuk memperkenalkan produk di page hadapan, memuat naik produk serta banyak lagi. Beliau juga telah belajar cara untuk menyunting imej produk agar kelihatan lebih menarik serta mencipta ayat-ayat menarik bagi memancing pembeli untuk membeli produk beliau di dalam platform Shopee beliau. Jika dahulu jualan beliau hanya tertumpu kepada skala kecil iaitu di sekitar penempatan beliau, dengan adanya platform shopee beliau telah memasarkan produk beliau di serata Malaysia termasuklah sabah dan Sarawak. Selain itu dengan penglibatan  beliau di PEDi sedikit sebanyak dapat membantu beliau mendapatkan info-info tentang peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu usahawan usahawan tempatan dari segi suntikan dana, pinjaman khas, serta bengkel untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya serta lebih sistematik di masa hadapan.

   

BELAJAR KELAS ICT

Nama  : MUHAMMAD FAKHRUN IMAN BIN RAMLI
Umur  : 7 TAHUN
Ahli  : 9 DISEMBER 2022

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q1 2023 kali ini kami memilih Adik Muhammad Fakhrun Iman bin Ramli atau lebih dikenali dengan adik Fakhrun. Adik Fakhrun merupakan anak bongsu dari 2 orang adik beradik. Adik Fakhrun berumur 7 tahun dan kini bersekolah di SK Rompin. Adik Fakhrun merupakan anak jati daerah rompin kerana dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Rompin, Pahang. Bapa beliau bekerja di Kilang Sawit Felda Selendang manakala ibu beliau merupakan suri rumah tangga sepenuhnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran PEDi, Adik Fakhrun tidak pandai menggunakan komputer malah tidah pernah bermain dengan komputer. Namun Adik Fakhrun telah datang ke PEDi bersama ibunya kerana menghantar Adik Fakhrun untuk mengikuti kelas ICT, kelas tuisyen online, explorace sempena cuti sekolah dan pelbagai program lain. sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktivi yang dianjurkan di PEDi simpang Sepayang. Dari situ dia mula menjinakkan diri menggunakan komputer di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Fakhrun telah mengikuti kelas asas komputer di situ beliau mula belajar bermain permainan pelajaran bagi memahirkan beliau menggerakan tetikus dan menaip perkataan menggunakan papan kekunci. Seterusnya beliau mendaftarkan diri sebagai ahli di PEDi pada hujung  tahun 2022 dan mengikiti kelas tuisyen Online. Subjek yang sering diikuti adalah subjek kemahiran membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris serta kelas bahasa inggeris tahun ,2,3. Sejak mengikuti kelas di PEDi dan tuisyen Online banyak perubahan yang positif diberikan oleh Adik Fakhrun. Kini dia mula yakin dan berani tampil bergaul dengan pengguna-pengguna PEDi yang lain, disamping sudah semakin mahir menggunakan komputer terutamanya menggerakkan tetikus dan menaip untuk mencari cerita di youtube. Adik Fakhrun juga sering menggunakan komputer di PEDi dengan membuka aplikasi permainan pelajaran online dan Offline bagi memantapkan lagi kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Banyak perkembangan positive yang diberikan oleh Adik Fakhrun setelah melibatkan diri dengan perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan di PEDi Simpang Sepayang.

  

BELAJAR KELAS ICT

Nama  : MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN RAMLI
Umur  : 14 TAHUN
Ahli  : 30 DISEMBER 2022

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q2 2023 kali ini kami memilih Adik Muhammad Fakhrullah bin Ramli. Adik Fakhrullah merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Adik Fakhrullah berumur 14 tahun dan kini bersekolah di SMK Rompin. Adik Fakhrullah merupakan anak jati daerah rompin kerana dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Rompin, Pahang. Bapa beliau bekerja di Kilang Sawit Felda Selendang manakala ibu beliau merupakan suri rumah tangga sepenuhnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran PEDi, Adik Fakhrullah tidak berapa mahir menggunakan komputer. Namun Adik Fakhrullah telah datang ke PEDi bersama ibunya kerana menghantar Adik Fakhrun untuk mengikuti kelas ICT, kelas tuisyen online, explorace sempena cuti sekolah dan pelbagai program lain. sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktivi yang dianjurkan di PEDi simpang Sepayang. Dari situ dia mula menjinakkan diri menggunakan komputer di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Fakhrullah telah mengikuti kelas asas komputer untuk semua modul dan berjay menghabiskan modul dan mendapat sijil kelas komputer di PEDi Kg Simpang Sepayang. Sejak mengikuti kelas di PEDi banyak perubahan yang positif diberikan oleh Adik Fakhrullah. Kini dia mula yakin dan berani tampil bergaul dengan pengguna-pengguna PEDi yang lain, disamping sudah semakin mahir menggunakan komputer. Banyak perkembangan positif yang diberikan oleh Adik Fakhrullah setelah melibatkan diri dengan perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan di PEDi Simpang Sepayang.

Nama  : PN. ZURAIMI BINTI AB MANAF
Umur  : 42 TAHUN
Ahli  : 22 JANUARI 2011

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada kali ini kami memilih salah seorang Ahli PEDi iaitu Puan Zuraimi binti Ab Manaf atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Zu. Pn. Zu merupakan seorang usahawan dalam bidang pembuatan tepung ayam berempah. Beliau mempunyai sebuah bengkel/kedai untuk memproses, dan mengeluar produk tepung ayam goreng berempah yang mana terdapat dalam pelbagai perisa seperti original, spicy dan blackpaper. Pn. Zu telah mengikuti kelas keusahawanan shopee yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Zu membuka kedai yang terletak di alamat Gerai PLB No 5, Bazar Ekonomi JPKK Teluk Gading dengan nama perniagaan MGBR Enterprise (CA079273-W). Sebelum ini beliau hanya menjual secara offline dan hanya sedikit platform online yang digunakan seperti whatApps group, facebook group dan lain-lain tetapi tidak menyeluruh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puana Suhana telah datang ke PEDi Kg Simpang Sepayang untuk mengikuti kelas dan bengkel Usahawan Shopee anjuran PEDi Kg Simpang Sepayang. Di dalam kelas dan bengkel usaahawan tersebut beliau telah belajar cara-cara untuk mendaftar akaun shopee, menetapkan pelbagai tetapan yang diperlukan, tips untuk memperkenalkan produk di page hadapan, memuat naik produk serta banyak lagi. Beliau juga telah berlajar cara untuk menyunting imej produk agar kelihatan lebih menarik serta mencipta ayat-ayat menarik bagi memancing pembeli untuk membeli produk beliau di dalam platform Shopee beliau. Jika dahulu jualan beliau hanya tertumpu kepada skala kecil iaitu di sekitar penempatan beliau, dengan adanya platform shopee beliau telah memasarkan produk beliau di serata Malaysia termasuklah sabah dan Sarawak. Selain itu dengan penglibatan  beliau di PEDi sedikit sebanyak dapat membantu beliau mendapatkan info-info tentang peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu usahawan usahawan tempatan dari segi suntikan dana, pinjaman khas, serta bengkel untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya serta lebih sistematik di masa hadapan.